Khamis, 21 Januari 2010

Hampeh part 7



Malam tu ade lah peluang terakhir aku. Pada jam 11 malam, ramai akan datang ke situ. Rancangan ku telah kususun rapi. Namun, berjaya atau tak, aku tawakkal sahaja lah. Memang takut. Aku menempah maut sendiri.


Aku disuruh bersiap-siap. Kali ni aku disolek dan di cantikkan oleh Janes. Kemudian, seorang lelaki masuk dalam separuh mabuk.. Dia mendekati aku.


Aku pergi ke tingkap dan menyelak langsir. Mengintai-intai ke bawah. Kemudian aku mengeluarkan barang-barang di dalam almari dengan muka yang cemas. Aku berjalan ke sana ke mari dengan cepat.


“What happen my cute darling?” dia mula pelik.


“Police was here. I’m afraid that we have to run. They’re hiding there.” Aku menunjukkan kearah kawasan semak di belakang banglo itu.


“You have to run now! Tell them police was here!” aku sedikit mendesak.


Dia lari keluar dan menjerit memberitahu yang lain. Keadaan mula panik. Aku mengetuk pintu bilik-bilik yang lain. Mereka semua mula bergerak ke satu bilik dimana ada satu lorong rahsia untuk mereka keluar. Aku mengikut mereka bagi mengelakkan mereka perasan.


Mereka masuk dari satu bilik ke bilik lain hingga ke pintu rahsia di bahagian tepi rumah. Aku lari dan mencari pintu sliding yang berdekatan dengan rumah sebelah. Aku terus memanjat pagar dan masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Aku membuka pintu dan masuk ke dalam. Aku jatuh tersungkur.


Kaget keluarga itu melihat aku. Aku cuba bangun. Memang aku seksi. Tak sempat tukar baju. Dah la hujan kat luar. Paham-paham la.


“Maaf. Tolong saya. Tolong sorokkan saya. Mereka nak tangkap saya” laju suaraku.


Seorang perempuan baya ku datang mendekati ku. “Sape nak tangkap awk? Kenapa? “


“Mereka paksa saya jadi pelacur. Saya tak nak. Saya lari.” termengah suaraku.


Tiba-tiba aku teringat kesan aku berjalan dalam basah. Ada kesan orang masuk ke situ. Aku menarik sorang lelaki yang dewasa ke bilik air.

“Tolong saya.”


Aku basahkan dia dengan air sampai basah kuyup.


“Kalau siapa-siapa cari saya cakap tak de ye..” muka aku risau kuasa lima.


Kurang 2 minit, ade ketukan di pintu. Perempuan itu pergi membuka pintu.


“Ye..cari siapa?” manis mukanya. Cuba bertenang.


“Ade orang datang sini tak? Saya nampak ade kesan basah. Ingat ade orang datang sini. Anak saya hilang. Perempuan” jahat nye kau!!


“ Err.. tak de la.”


“Encik cari sape?” laki yang ku basahkan tadi pula menyampuk.


“Kami cari anak saya, perempuan. Ade masuk sini? Baru kejap tadi.” Dia memandang baju laki yang basah tu.


“Saya baru masuk dalam. Tak jumpa sape pun. Maaf la encik. Cuba cari kat tempat lain.” Tenang dia berkata-kata. Macam penah tengok je…kat mane ey??


“Maaf la mengganggu.. Terima kasih,” blah pun..


Mereka menerpa kearahku. Aku memberi isyarat supaya senyap. Buat macam biasa. Mereka mungkin sedang mengintai.


“Awak ni… yang saya jumpa sebelum saya kena culik dulu kan?” ketar mulutku menyebut memandang laki basah kuyup itu.


“ Ingatkan awak tak perasan..” dia senyum. Alamak.. comelnye..


“Tapi dulu awk lain. Nini, bawak dia naik atas. Bagi tukar baju. Biar dia rehat. Esok baru kita bincang” lembut dia memberi arahan.


Memang la lain. Waktu tu pakai tudung. Ni dada sampai peha je tutup. Malunya..

Aku diberi baju dan tempat tidur. Aku tidur lena malam itu. Alhamdulillah.




Nite..

1 comments:

DiNieezyANe berkata...

Linking to my blog. ^_^

Seronok membaca.

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template