Jumaat, 7 Mei 2010

Hampeh part 22


“Ina, ade orang nak jumpa dengan awak. Dia cakap nak tempah House of Italy untuk satu dinner party. Kat office” Lily yang dah naik pangkat jadi setiausaha aku memberitahu.

“Ok. Awak tak ikut ke?”

“Tak payah la. Saya percaya kat awak la” Lily tersenyum. Dia ni kalau dah pakai macam perempuan nampak lawa jugak.

“Thank you” aku turut tersenyum.

Kioshi tak pernah bagi aku buat ape-ape sorang-sorang. Lily mesti ade. Handfon, Lily yang pegang. Kalau nak bukak internet, Lily kena ada kat sebelah. Nak pergi mane-mane, Lily mesti ikut. Kecuali pergi tandas. Aku tak tau Lily guna alat ape, tapi kalau aku pergi mane-mane, dia tau je. Aku keluar bilik malam-malam pun dia tau. Macam la aku nak lari. Serabut jugak. Tapi tu arahan Kioshi. Sabar je lah.

“Err.. Encik..” aku menegur seorang lelaki yang sedang memandang ke luar tingkap.

“Ye.. err.. awk?”

“Awak ke yang nak jumpa dengan saya tu?”

“Hahaha.. Memang takdir kita jumpa kat tempat pelik-pelik kot. Wow, besar kedai awak ni. Amazingly nice.” Lelaki tampan di depanku itu tersenyum.

“Thank you. Awak nak buat majlis untuk sape?”

“Birthday party untuk Nini. Nak tempah macam mane ni, puan pelik? Hahaha.”sedap je dia ketawakan aku.

“Cili mulut tu baru tau. Saya cik. Belum puan lagi ye Encik Haris double pelik.” Ha3. Bahagia dapat kenakan orang.

“Double cili mulut tu baru tau” Haris buat muka.

“Hahaha..” ketawa kami pecah.

“Yang kat hospital hari tu bukan suami awak ke? Err.. dia yang cakap la..”

“Tak de lah. Dia saje je tu..”

Hampir setengah jam kami berbincang tentang majlis tu. Pasal makanan, tempat, hiasan. Dia tempah pakej lengkap. Tapi Haris ni memang kelakar. Aku suka tengok dia senyum je. Tak terpikat pun. Sory. Too perfect. Not my taste. Ha3.

“Ok lah. Nak balik dah ni. Awak pun datang tau majlis tu. Jadi tetamu VIP. Ingat tu”dia tersenyum manis.

“InsyaAllah. Tapi saya tak janji”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ina.. boleh saya masuk?” Kioshi menunggu di luar bilik.

“Kejap!!! Nak pakai tudung jap!!” pucat muka aku. Ape budak ni nak.. Aduh.. Dah la baru siap mandi. Baru nak pakai baju. Aku pun cepat-cepat menyarungkan baju dan tudung.

“Masuk lah..”

“Buat ape tu?” Kioshi memandangku dan tersenyum.

“Tak buat ape lah. Kenape tiba-tiba pelik je masuk bilik saya. Jom cakap kat luar lah. Tak best macam ni” aku nak bangun tapi Kioshi menghalang.

“Kat sini je lah. Lily ade kat luar tu.”

“Hmm.. Ok. Ade ape?” sebenarnya aku tak selesa macam tu.

“Tadi awak jumpa orang kat hospital tu ye?” Kioshi memandangku tajam.

“Ehmm.. macam mane awak tau? Kitorang bincang pasal bisness. Kebetulan je jumpa” Ape hal la pak cik sorang ni. ,mesti ade kamera ni.

“Tadi saya telefon awak. Lily angkat. Lily cakap awak tengah cakap dengan klien. Saya tanya la laki ke perempuan. Dia cakap laki. Handsom. Saya pun datang la tengok. Saya nampak awak borak dengan dia. Rapat je” suara macam sedih.

“Awak tak suka ke saya kawan dengan dia? Ok. Macam ni lah. Saya tak kenal pun dia. Waktu mula-mula saya kena culik dulu, dia yang tolong saya larikan diri. Lepas tu jumpa kat hospital. Tu pun kebetulan. Tadi pun kebetulan je jumpa dia. Saya bukan kenal sangat dengan dia”

“Hmm..awak suka kat dia ye?” Kioshi memandangku tepat.

“Tak de lah. Not my taste la. Kenape ni?” aku mula tak sedap hati.

Tiba-tiba Kioshi tergelak. Dia memandang ke arah lain. Tersenyum sorang.

“Kioshi!! Kenape?” aku membulatkan mata. Tak paham aku mamat sorang ni.

“Tak de ape-ape. Ina..jom kawin.. Tak tahan la..” Kioshi mengenyitkan mata.

“Ngade!!” aku membaling bantalku.

Kioshi tergelak panjang dan menuju ke pintu. “Ina..I love u..”

“Lain kali pakai la baju tebal sikit lepas mandi.. ha3”

Aku memandang bajuku. Bajuku dah tebal tapi basah sebab tak lap elok-elok tadi. Aku tak ingat nak pakai baju kecik!! Arrghhh!!!!!!!!!!!!!!! Patut la..


0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template