Jumaat, 21 Mei 2010

hampeh part 26- blood

“Pesakit ni ahli keluarga encik ke?”

“Bukan. Saya majikan dia. Dia macam mane doctor?”

“Maafkan kami. Pendarahan dia agak teruk. Kami tak dapat menyelamatkan dia. Harap encik boleh maklumkan kepada keluarga arwah.”

Speechless.. Kioshi, aku, Botak, dan Lily. Terasa sesuatu yang amat berat. Dia adalah keluarga kami. Hanya kami keluarga yang Amir ade. Kioshi terduduk di lantai. Botak tersandar di dinding. Tak mampu menahan air mata. Lily termenung dalam. Perasaan yang amat berat. Aku? Aku sedih. Aku takut. Hwaa…

“Ina, kenape ni?” Kioshi mendekati aku.

“Kioshi, saya takut. Kenape ade orang tembak Amir? Kita pun akan mati kena tembak jugak ke? Saya tak dapat jumpa family saya dah?” aku tak dapat menahan tangis yang teresak-esak. Badanku menggigil.

Kioshi memeluk kepalaku ke badannya. “Awak akan jumpa family awak. Jangan risau. Jangan takut. Saya ade.”

Tiba-tiba doktor tadi datang mendapatkan kami. “Encik. Kes ni adalah kes jenayah. Saya dah hubungi polis. Mereka akan sampai kejap lagi. Saksi bolehlah beri keterangan. Terima kasih.”

“Polis..” Lily terkedu.

“Jom. Kita tak boleh lama.” Kioshi menarikku. Kami keluar dari hospital itu dan terus ke kereta.

“Kioshi, kenape kita tak jumpa je polis. Lily kan boleh jadi saksi. Takkan nak tinggal je Amir? Sape nak uruskan jenazah dia?” Aku berhenti. Jantungku bagai turut terhenti. Aku tak faham!!!!!

“Kita akan kena tangkap nanti. Saya akan terangkan. Jom” Kioshi menarik aku lagi.

“Saya tak bunuh Amir. Korang pun tak bunuh Amir kan? Kenapa nak takut? Saya nak jumpa pollis” aku menarik tanganku dan cuba untuk lari.

“Ina!! Please la faham. Lepas ni saya cerita kat awak.” Kioshi menarikku dengan kuat dan mendukungku masuk ke dalam kereta. Tangan dan kakiku menggigil.

Ya Allah.. Aku takut. Ape semua ni?

“Ina.. Saya mintak satu je. Percayakan saya.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku just boleh tengok. Aku tak faham ape-ape pun. Diorang keluarkan banyak senjata Macam nak perang. Selama aku tinggal kat banglo tu, aku tak pernah tau ade bilik simpanan senjata. Aku tak pernah jumpa. Dan hari ni aku tau. Aku baru kenal siapa mereka sebenarnya..

“Master, lima orang kita kat rumah pelacur tu dah mati. Mereka dah plan untuk larikan diri. Tapi tak berjaya. Epul hilang. Kami percaya dia tu pengkhianat” seorang lelaki berbadan sasa berbisik kepada Kioshi.

“Hah!!! Memang tak guna betul budak tu. Kalau aku jumpa, aku bunuh dia!!!” Kioshi mengetuk meja. Dia memandang aku. Tiba-tiba mukanya berubah kembali. Riak sedih.

“Kita kena keluar sekarang. Larikan diri buat sementara waktu. Korang tak salah. Diorang nakkan aku.”

“Kami akan setia dengan Master. Kita tamatkan perang ni. Semua ni salah diorang sendiri”

“Thank you” mukanya menjadi sayu. “Ina, jom. Saya akan jaga awak. Kita mesti lari.” Kioshi memandang mataku tajam.

“Saya tak rasa macam nak percayakan awak lagi. Boleh tak awak hantar saya balik rumah? Saya tak nak terlibat dengan semua ni” pertama kali aku bercakap seserius ini dengan Kioshi.

“Ok. Kalau itu yang awak nak. Tapi, jawab dulu soalan saya. Macam mana kalau diorang cam awak? Awak tak kesah ambil risiko untuk keluarga awak? Sebelum ni mereka tak tau pun. Silap-silap boleh tau.” Bulat je matanya.

Aku mengeluh panjang. Ape lagi pilihan yang aku ade?

Aku terpaksa mengikut mereka. Kami naik kereta yang berasingan. Mereka kearah lain. Aku, Kioshi, Botak dan Lily satu kereta.

“Kita akan lari ke luar negara dalam 2 hari lagi. Kena tunggu Skull siapkan dokumen palsu. Saya nak gi bank kejap. Botak, jom..” Kioshi berhenti di tepi sebuah bank. Aku dan Lily di dalam kereta.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta berhenti di tepi kereta kami. Mereka mengacukan pistol ke kepala Lily dan aku. Aku panik.. Takut sangat.

“Ikut aku kalau nak selamat. Jangan cuba nak buat ape-ape.” Lelaki itu menarikku ke keretanya. Aku dapat melihat mereka menutup mulut Lily hingga pengsan. Kereta itu berlalu dengan cepat. Aku cuba meronta, tapi aku masih ketakutan. Pistol di arah ke kepalaku..

“Sekarang kau pulak..perempuan” mulutku ditutup.

Tiba-tiba, dunia jadi gelap…




0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template