Khamis, 27 Mei 2010

Hampeh part 33








Dear Diary,



Lagi 3 hari je aku boleh duduk kat rumah ni. Kalau tak, kena kawin dengan Asrol. Aku faham kenapa mak cik Nab buat syarat macam tu. Betul apa dia buat tu. Tapi, mengkhianati kepercayaan yang Kioshi bagi kat aku, bukan benda yang senang.. Tak nak lah macam tu. He is too nice.

Asrol memang kisah cinta aku dari sekolah lagi. Dialah kawan baik aku, dialah yang paling faham perasaan aku. Ape-ape pun, aku selalu cerita kat dia. Orang lain bukan nak sangat kawan dengan aku. Aku ni pelik sikit. Suka duduk sorang-sorang. Kurang bergaul. Tapi, sebab Asrol ade lah, aku tak rasa sunyi, tak rasa sepi. Rasa sentiasa ade semangat. Ramai orang cakap, kami tak sesuai jadi pasangan. Sebab kami dah macam kawan baik. Terlalu rapat.

Dia just cop aku supaya orang lain tak ambik aku. Dia tak suka couple. Memang sesuai jadi ustaz pun. Dia hanya nak aku jadi isteri dia yang sah. Itulah yang dia selalu cakap dulu. Tapi tu dulu..

Tak sangka pulak  kawan baik dia yang dah ambik aku. Asrol dan Kioshi 4 tahun lagi tua dari aku. Waktu aku kenal Asrol, Asrol dah habis sekolah pun. Duduk kat rumah tolong mak dia. Dia lah penyejuk hati mak dia. Sentiasa utamakan mak dia untuk ape pun. Anak soleh penyejuk mata.  Walaupun hidup agak susah, dia humble sangat. Itu lah yang buat hati aku tertambat. Kena ikat macam kerbau kat sawah.

Sebelum jumpa Asrol, aku ingat, aku akan bahagia kalau jagi kaya, ade rumah besar, ade bibik, kereta besar, suami handsom. Tapi, lepas kenal dia, aku baru tau yang orang susah kadang-kadang lagi bahagia. Walaupun orang kampung, mereka tak sombong. Kalau masak banyak, mesti bagi-bagi makanan kat orang lain. Rezeki yang Allah bagi, diorang akan kongsi sama-sama. Bagi yang senang sikit, ade rumah besar, diorang tak buat tembok pagar tinggi-tinggi. Bagi diorang, semua tu rude. Tak mengalu-alukan orang datang. Aku nampak ade satu kejernihan hidup yang murni dalam hati Asrol. Dia nampak macam nakal, tapi sebenarnya tak.

Asrol pernah cakap, kalau tiap-tiap hari cakap ‘I love you’, ape lebihnya cakap ‘I love you’ lagi lepas tu. Tiap-tiap hari makan gula, lama-lama, nikmat manisnya gula tu dah rasa biasa. Tak lagi special. Walaupun dia tak cakap, tiap-tiap hari dia sayang aku.

Akhir-akhir ni dia agak suka mengusik aku sebab dia cakap dia dah rindu sangat-sangat. Permata hati dia hilang macam tu je berbulan-bulan.  Tiba-tiba, datang dengan orang lain pulak. Mesti lah sedih. Aku yang tak faham dia. Aku yang tak perasan kadang-kadang dia menangis bila tengok aku tersenyum. Dia cakap, dia rindu nak tengok aku senyum. Tapi mak cik Nab perasan. Hati mak..

Aku tau mane? Dia tulis surat. Jangan harap dia nak cakap depan aku. Dia tu pemalu.

Kioshi dah lama tak hantar khabar berita. Kioshi cakap, kalau dalam masa 2 minggu, dia tak telefon langsung, maksudnya, dia dah mati. Dia suruh aku balik rumah. Ya Allah.. jangan la sampai jadi macam tu. Ni dah hampir dua minggu aku menunggu. Sama tarikhnya dengan tarikh yang mak cik Nab bagi. Aku tak tau nak fikir ape. Aku sayang Kioshi. Tu lah hakikatnya. Ya Allah, selamatkan dia.

Kioshi cakap, dia nak serah diri pada polis lepas semua ni selesai. Lagi lah aku tambah sedih. Dia dah bunuh orang. Kalau serah diri, hukumnya,  tali gantung la. Kalau boleh, aku tak nak itu yang jadi. Tak tau nak fikir ape. Kalau dia tak serah diri pun, dia memang dalam buruan pihak polis. Selama ni diaorang selamat sebab ade ‘orang besar’ yang cover dia. Cover aktiviti dia. Kalau tak, lama dah polis tangkap. Tapi, diorang ni lah punca pendapatan ‘kerja part time’ sesetengah polis. Buat ape polis tu nak tangkap diorang.

Tak tau nak fikir ape lagi..

Rasa nak nangis, tapi dah banyak air mata tumpah. Masalah tak selesai jugak pun.

Aku menunggu orang yang tak layak aku tunggu ke?

Patut ke aku khianati Kioshi dan kawin dengan Asrol?

Aku dah khianati Asrol bila aku terima cinta Kioshi. Tu dah salah aku.

Perlu ke aku buat salah kali kedua.?

Tapi, layak ke orang macam Kioshi jadi ayah pada anak-anak aku?

Boleh ke dia didik mereka dengan agama?

Dia dah tidur dengan ramai perempuan. Istimewa lagi ke aku ni pada mata dia?

Ya Allah, tolong la aku. Biarlah aku sentiasa dalam redha Mu.



Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu

2 comments:

epy elina berkata...

hhohoho....
ssh jg ni....
x thu nak komen apa...
pe pun best r...
hrp2 ina bt kptsan yg trbaik...

Writer berkata...

camne ea?
pertimbangkan yg terbaik yer..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template