Selasa, 1 Jun 2010

hampeh part 36






“Abang gi jumpa papa ke?”

“Haah.. Abang mintak izin dengan papa dulu. Dia pun bagi izin. Abang pun datang la sini.”

“Oww.. macam tu. Kiranya, abang memang datang nak jumpa Ina lah ye?” aku tersenyum manja.

“Perasannya…  Abang pun nak buat umrah jugak la. Sambil tu, abang doa biar dapat kawin dengan Ina kat sini.’ Kioshi mencubit pipiku.

“Abang, Asrol ade cerita ape-ape tak kata abang?”

“Asrol ade cerita pasal ape yang jadi kat sana. Mak cik Nab cakap, dia dah lama teringin nak buat Ina jadi menantu dia. Dari mula-mula Ina kawan dengan Asrol lagi. Kenapa? Menyesal kawin dengan abang?”

“Tak lah. Ina memang rasa bersalah dengan Asrol, tapi, nak buat macam mane. Hati Ina dah kena curi dengan si pencuri hati yang handsom ni…” aku pulak mencubit pipinya.

“Ha3. Ngede je. Ina, kalau abang bagi tau satu benda ni, jangan marah tau.. janji..”

Aku memandang wajahnya tepat.. seram..

“Ape dia?”

“Janji lah dulu..”

“Ye lah. Ina janji tak marah. Cakap lah..” aku cuba tenang.

“Ina isteri kedua abang..” dia cuba tenang.

Aku terkedu. Marah? Tak jugak. Geram. Maybe.. Jealous? Of course!!!

“Sape isteri pertama abang?” aku dah monyok.

“Lily. Abang kawin dengan dia sebelum datang kat sini. Ade sebabnya jugak. Lily tu body guard arwah ayah abang dulu. Lepas parent abang mati kena bunuh, Lily la jaga abang dengan arwah adik abang. Bila kitorang buat keputusan nak jadi jahat, nak balas dendam, memang Lily tak bagi. Mula-mula tu, dia tinggalkan kitorang. Tapi, bila kitorang susah, dia datang tolong. Dia jaga abang sampai sekarang. Dia jugak yang dah banyak kali selamatkan nyawa abang.”

“Macam tu..” aku masih muncung.

Jadi bini nombor 2. Tak pernah ku sangka…

“Jangan la merajuk gitu saying.. tak comel la.. Jeles lah tu..” Kioshi senyum mengusik.

“Mane ade..” buat muka konon-konon tak merajuk.

“Abang teruna lagi tau. Simpan untuk saying..” Dia mencium pipiku dan memeluk pinggangku rapat.

Nak tergelak aku dengar..

“Ye lah tu. Takkan kawin dengan kak Lily tak buat ape-ape?”

“Kak Lily tak nakla.. Dia setuju kawin, tapi dengan syarat,  jangan nak lebih-lebih. Dia malu la. Lagi pun, dia 10 tahun lagi tua dari abang. Puas hati, bucuk?” dia tersenyum lagi.

“Oww. Tapi, abang kan ade rumah pelacuran. Waktu Ina mula-mula sampai dulu pun, abang macam nak buat pelik-pelik kat Ina.” Aku buat muka tak percaya lagi.

“Abang selalu datang situ pun, kalau ade urusan ape-ape. Kalau tak, tak pergi la. Tak suka. Tengok perempuan tak de maruah, rela jual badan. Kat Ina tu, abang acah-acah je. Abang nak tengok, Ina ni jenis macam mana. Bila abang dah tau Ina ni jenis perempuan yang baik, abang mula la jatuh hati. Laki kat dunia ni, jahat macam mane pun, mesti suka perempuan yang baik.”

“Yeke.. Oww.” Aku tersenyum malu.

“Suka lah tu.. elele..”dia mencium lagi.

“Jangan la. Malu la Ina..” aku koya-koya malu.

“Ngade betol.. Sayang, abang ni banyak harta. Harta yang mak ayah abang, adik abang, semua dapat kat abang. Harta yang haram-haram tu abang dah masukkan dalam akaun anak yatim. Harap-harap halal la untuk diorang..  Abang tak tau nak buat ape dengan duit-duit tu. Nak buang, sayang pulak. Harta yang ade sekarang, semua yang halal je lah.. Untuk kita berdua.” Dia merenungku..

“Betul ni tak nak buat benda-benda tu lagi? ” aku tersenyum.

“Betul la.. dah taubat, mane boleh buat lagi. InsyaAllah.”

“Abang, I love you..” aku mencium pipinya. Perlahan, tapi lama..

“Ehmm.. ni best ni. Naik dah tiang bendera abang. Ha3. Jom main” dia tersenyum gatal.

“Main ape?” muka ku mula merah..

Sudah lah.. Takut!! Ngeri…

“Main nyorok-nyorok. Abang tutup lampu, Ina nyorok ey.. Biar abang tangkap..” dia berlari kearah balkoni dan menutup pintu balkoni dan kemudian menutup lampu bilik.

Aku menyorok di dalam tandas, tapi tak menutup pintu. Takut Kioshi dengar bunyi pintu..  Seram… dadaku turun naik. Berdebar.  Tiada bunyi langsung.. Sunyi.. Tiba-tiba, pintu bilik air ditolak rapat. “Haa!!!” Kioshi menyergahku.

Macam nak tercabut nyawa aku..

“Abang ni.. mujur Ina tak pengsan..”aku mencubit manja.

“Aduh.. meh sini nak tangkap.” Kioshi mendukungku dan membaringkan ku di atas katil.

“Kita main kat sini lah pulak..” dia membuka lampu meja.

“Abang, Ina malu la.” Aku menarik selimut dan menutup muka.

“Tak nak teman abang main buat baby ke?” dia tersenyum dan menarik selimutku..

“Malu..” aku  menutup kembali.

“Bukan suruh Ina buat sorang-sorang. Kita buat sama-same lah. Ha3.” Dia membuka butang bajuku.

“Ye lah tuan putera..”



Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan

Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya

Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam

Oh bintang tetaplah pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya






Pesanan penaja.. jangan pikir lebih-lebih. Cukup setakat tu.. ha3. Especially yang belum kawin..

komen...

3 comments:

epy elina berkata...

kehkeh...
lawak la part ni....
tp x suke la ina wife no 2...
mst ada konflik pas ni...
klu thu khioshi dah kawen baik ina kawen ngn asrol...

Tanpa Nama berkata...

menarik la cita nie...
bleh x wat special n3 utk cita nie... sbb ending rasa sekejap sangat...
anywy congrats..cit nie memang best..

i-nieyl hawanie berkata...

cternye smpai cni jer ke..??how about asrol, fmly dy..??alo, smbunglah..nk tau reaksi fmly dy..n mcm mne si khioshi tu blh lpas..??

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template