Isnin, 20 Disember 2010

Hampeh part 37 - end






“Abang, dah pukul 4 ni. Ina nak gi mandi dulu ye. Tak nak terlepas solat subuh berjemaah.” Aku membisik ke telinga Kioshi.

“Jap lagi la. Awal lagi. Kita mandi sama-sama, ey?” Kioshi menarik tanganku.

Aku tersenyum. “Yelah. Abang tidur lah. Nanti Ina kejut pukul 5 nanti.”

“Emmm.. nak satu round lagi tak leh ke? Lagi best dari tidur je. Alang-alang tak pakai baju lagi ni” Kioshi mendakapku erat.

“Esok lah pulak, sayang..” malu aku dibuatnya.

“Esok belum tuntu ade rezeki nak buat. Jom lah. Lagi pun, baru lah berbaloi. Buat banyak kali, mandi sekali.” Makin lebar senyumnya.

“Macam-macam la abang ni.” Aku mencubit manje.

“Elele.. padahal nak. Tapi tak mengaku..”dia menggesel hidungnya ke hidungku.

“Abang ni..”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Ina dah siap kemas barang?” Kioshi menjenguk.

“Dah nak siap. Abang?”

“Dah. Ina pergi lah bersiap, kita pergi makan.”

“Ok.”

Flight kami malam ni. Sedih rasa nak tinggalkan tempat ni. Tah bila pulak dapat datang. Tapi, rasa tak sabar nak balik rumah. Rindu kat family. Rindu sangat-sangat. Lepas tu, nak kenalkan Kioshi kat family. Walaupun baru semalam kawin, tapi tak tau nak cakap macam mane. Bahagia sangat. Sangat-sangat.. sayang sangat-sangat. Tak tergambar dengan perkataan…. Indahnya cinta..

“Jom pergi makan. Lepas ni kita singgah solat Zohor kat masjidil Nabawi .”

“Ok. Jom”

Kami makan di salah satu restoran berhampiran.  Sedap. Daging kambing bakar. Penjual kat sini ade yang pandai berbahasa Melayu sikit-sikit. Kioshi makan dengan berselera. Dia nampak sihat sikit hari ni. Waktu mula-mula datang dulu, pucat je. Suka aku tengok dia makan. Senyum je. Comel. Tak puas tengok..

Kami kemudiannya berjalan-jalan di sekitar kota.

“Cantik kan kat sini” aku memegang tangan Kioshi.

“Cantik, damai.. Hmm.. Kalau boleh abang nak mati kat sini. Rasa tenang je hati.”

“Ramai orang yang pergi haji harap dapat mati kat Mekah. Kat Madinah ni pun ade. Tapi, ramai jugak yang takut nak tinggal anak bini. Harta la. Syarikat besar lah.”

“Kalau abang mati, Ina nak kawin dengan sape? Asrol? Ke budah Haris tu?”

“Ape lah abang ni. Tak de orang boleh ganti tempat abang kat hati Ina lah. Dah lah.. tak nak la cakap dengan abang. Macam tak sayang Ina je.” Aku buat muka merajuk.

“Elele.. merajuk la. Malas layan. Jangan nangis kat sini. Malu lah. Orang tengok. Nangis kat atas flight la. He3” sempat lagi dia mengusik.

“Ha3. Jom gi masjid. Kejap lagi dah nak azan.” Aku menarik tangan Kioshi.

Kami masuk ke dalam masjid. Aku ke ruangan solat wanita. Azan berkumandang. Sedih lagi rasa nak tinggalkan Madinah. Aku menangis dalam sujud. Sayu..

Selesai solat, aku menunggu Kioshi di belakang tempat solat lelaki. Dia sedang menunaikan solat sunat. Aku hanya memandang dari jauh. Aku nampak, matanya penuh air mata. Menitik di atas sejadah. Aku jadi turut sayu. Sedih. Aku yakin, dia dah benar-benar bertaubat. Lama dia bersujud. Tiba-tiba seorang kanak-kanak terlanggar Kioshi yang sedang sujud. Kioshi rebah. Orang di sekitarnya mula panik. Aku melangkah mendekatinya. Dia sakit agaknya. Hatiku tak sedap. Aku berlari. Aku memangku Kioshi.

“Abang, kenapa ni?” air mataku mula menitik. Kioshi tak bergerak. Tapi bibirnya tersenyum. Pucat.

Seorang pak cik tua memegang tangan Kioshi. Dia menyapu muka Kioshi. “Innalillahi wainna ilaihi rajiu’n.” Orang lain turut sama.

Aku terpaku. Dadaku turun naik. Abang.. Air mataku mengalir laju.. Tiba-tiba, duniaku menjadi gelap.  Aku rebah.

Abang, jangan tinggal Ina sorang-sorang..









Komen

14 comments:

Liyana berkata...

waaa....
nape mesti pergi dl...???
eerrmmm...
ntah2 jodoh ina mmg ngn asrol kot...
nk g...

epy elina berkata...

h0ohhohoh....
trkjut r bca part ni...
x sngka kiashi dah prgi...
tidakkkk.....

zahra berkata...

arhg..!!!!!
tidakk...!!!!
jgn la mati lagi...huhuhu...

CoOkiE MoNSter berkata...

waaaa....napa sad ending. walopun kioshi pergi dalam keadaan tenang dan aman. tapi rase sedey gakk...woo~

nur amalina berkata...

sedih nyer.....npe cept sngat.....
huhuhu...........

Nurul Nuha Yosri berkata...

wargg ingatkan citer neh dah tamat..baru jee bace marathon semalam citer neh x sangke plak ade gi..tapi...huhu mati keee...abeh 2 ade kesinambungan agi x citer neh..bersambung ngan asrol keee.. laaa pe kate wat kioshi uh tibe2 diberi peluang idup semula nak x..hahaha memandai jerp c(:

ati berkata...

arghhhhhhhhh........
tidakkkkkkkkk
kenapa dia harus mati...
wuarghhhhhh....

p.s:apasal tak smbg lagi??? ;)

Tanpa Nama berkata...

Jom share pengalaman first night kat myfirstnight-toshare.blogspot.com

SHAHREE berkata...

pesal kioshi mati....sedey nyeeeeeeeee.......ingt dye brsme ngn ina ......slamenye..........

i-nieyl hawanie berkata...

lor, dy mati ke..???pasni, dy ngan haris pown ok gak..asek bertembung je..mcm der jodoh jer..hukhuk..btw, tq wat smbungan..ehehe

Nurul A'in berkata...

adeh.. asal mati???????? huhu.. xpe la kalu dah ketentuan Nya.. terima je la.. huhu.. arap ade sambungan..

Tanpa Nama berkata...

eeehhh !!!!!!!!!!!! asal cam nih !!!

she_keen berkata...

baru jumpa blog ni and baca tros cerita hampeh..memang best sgt but ending de amat sedih,huhuhu...

nazirah :) berkata...

kenapa hero perlu mati??btw, smbunglaa cerita nih..plizz~~

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template