Khamis, 2 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 3




Hamdi membuka matanya lebih awal. Sebelum jam berbunyi. Dia merenungku. Kemudian dia menyentuh bibirku perlahan dengan jarinya.  “merahnye..” dia berbisik perlahan. Dia mengusap rambutku dengan perlahan, takut aku terjaga. “thank you sebab jadi pemaisuri hidup saya walaupun saya tau awak..”

Tiba-tiba aku membuka mata secara mengujut. Hamdi tersentak ke belakang. Bumm.. jatuh katil. Aku masih terpinga-pinga.

“Err.. ape yang awak buat tadi?” mukaku masih terkejut. Aku memang pantang diusik ketika tidur. Tu dah mujur aku tak terus berdiri menggenggam penumbuk.

“Aduh.. sakitnya.” Hamdi mula bangun. “Nak bangun, bagilah signal dulu. Terkejut saya.”

“Lain kali saya letak sign board. Kenapa awak duduk depan muka saya macam tu?” aku masih tak puas hati.

“Saya nampak ade lipas masuk mulut awak. Saya nak halaulah.” Dia menjawab dengan selamber.

“Ha??? Tak rasa ape2 pun..” aku cuba menelan air liur. Takde yang aneh.

“Awak dah telan lah tu. Tu la, tido tak basuh mulut. Dah tu, ternganga pulak.”mendatar suaranya.

“Bwek.. bwekk..bwek” aku cuba untuk muntah. Tak tahan. Geli!!!!!!!!!

“Sabar2. Takde ape2 la. Walaupun haram, Tuhan tak marah. Awak tak sengaja” dia menepuk2 belakang badanku.

“Memangla.. tapi geli” aku dah macam nak nangis. “Saya harap awak tipu. Dah.. saya tak dengar ape2. Lalalalala.. Nite. Nak tido.” Aku menutup bantal ke telinga. Lupakan segalanya!!!

“Oii ikan lolong. Bangun la. Dah la rambut macam badut kat sarkas.” Dia dah berdiri di tepi katil.

“Awal lagi……” aku terus menggeliat.

“Jom la qiam sama-sama. Minta Allah permudahkan kenduri kita hari ni. Awak pun kena banyak syukur kat Tuhan sebab  dapat kawin dengan saya.” Dia menarik selimutku.

Aku mencebik. Perasan!!!



Di bilik sebelah..

“Abang, Watif dah mual la.”

“Ish.. cepatnya. Tak sabar nak timang cucu.”



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Kami mengambil wuduk dan solat bersama. Subuh pun berjemaah. Selesai solat, aku salam dan cium tangan dia. For the first time. Dia pula mencium dahiku.

“Saya nak pesan sikit.. Depan orang, awak wajib panggil saya abang. Kalau tak de orang pun, digalakkan panggil abang.Hehehe.” Hamdi tersenyum. Manis..

“Yela..Awak panggil saya Adli. Dah biasa kawan2 panggil macam tu.”

“Hish. Tak nak la. Macam saya ni gay kawin dengan laki. Oh tidak. Beta tidak rela. Saya panggil Lin la. Tak pun darling ke. Cayang ke. Baru best. Hahaha.” Best je dia gelak.

“Awak panggil macam tu, saya baling dengan kasut.” Dahiku mengerut.

“Ish3. Isteri derhaka. Astaghfirullahalazim.” Dia sengaja menggeleng kepala padahal sedang ketawa. Perli la tu.

“Telan karang baru tau.” Aku membesarkan mata.

“Awak nak mula gigit kat bahagian mane? Mane boleh telan terus. Gigit kat pipi abang la.” Suaranya bertukar jadi manja. Menyakat…

“Malas layan awak. Baik saya gi mandi.” Aku menanggal kain telekung.

“Bye2 ikan lolong. Berenang elok-elok. Kalau tak reti, boleh saya temankan. Ha3”

“Tak payah..”



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




“Ramai jugak orang yang datang hari ni. Kawan awak tak datang ke?” aku mengangkat kening.

“ ‘Awak’ ?”besar je mata Hamdi merenungku.

“Abang…” bwek. Nyampah. Bukan ade orang dengar pun.

“Kejap lagi. On the way. Mane ex Watif?” mendatar je suaranya. Tapi cukup untuk membuatkan aku tersedak.

“Err.. ex? 8pax?” blur betul aku. Aku mane ade boyfriend sebelum ni.

“Ex boyfriend la.”

“Mane ade”

“Yeke??” dia dah mula tersenyum.

“Takde..” tau lah aku ni tak laku.

“Garang macam mak nenek, memang la takde orang nak.” Sedap je dia peril aku.

“Makan la. Bising je.”

Kami sedang makan besama di meja pengantin. Tak habis-habis lagi nasi dalam pingganku. Hamdi dah melantap 5 ekor udang. Ada banyak lagi. Tapi semua dekat dengan dia. Tak aci.

“Nak udang jugak..” aku buat muka sedih.

“Tak boleh. Nanti awak bersin tak henti. Lepas tu, malam2 menggatal dengan saya. Makan ikan lolong tu je. Biar mata makin besar” Seekor lagi udang dicapainya.

“Jahat giler…” aku dah muncung. “Lokman, panggil jap budak2 tu” aku menunjuk kearah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.

“Ok kambing..” 

Kurang hasam betul budak tu. Time macam ni pun panggil aku kambing. Buat malu je. Nasib la ada adik sorang tu je.

Kanak-kanak tersebut datang menghampiriku.

“Hello semua.. Abang ni suka dekat budak-budak. Jadi dia nak bagi hadiah kat korang semua. Nak tak?” aku buat suara budak2.

“Nak!!” serentak mereka menjawab. Hamdi dah tersedak.

“Ok. Buat 2 kumpulan. Bahagi sama banyak. Ni ade 2 pinggan udang. Kumpulan mana dapat habiskan dulu, dapat RM50. Yang kalah dapat RM30.”

Aku mengambil 2 piring udang di hadapan Hamdi. Aku meletakkan seekor udang ke dalam piringnya. Takut dia nangis. Yang lain aku bahagikan sama banyak.

“Ok. Sedia semua. Mula!”

Tanpaku sangka, banyak mata yang memandang kea rah kami. Hamdi ternganga. Kanak-kanak tersebut berusaha menghabiskan udang tersebut. Seronok je mereka.

“Nak RM80..” aku menghulur tangan kepada Hamdi.

“Pakai duit awak la.” Dia tak nak layan. Merajuk. Udang dia kena curi.

“Cepat la. Orang semua tengok ni. Jangan buat malu mak awak. Senyum lebar sikit.” Aku dah tak memperdulikan dia.

Dalam keadaan terpaksa, dia mengeluarkan RM80 dari poketnya. “Nah”

“Kak!!  Dah habis” satu kumpulan menjerit. Kumpulan satu lagi masih sedang makan.

“Ok, mari sini ambil hadiah. Kongsi ye duit ni.” Aku memberikan wang tersebut. Mereka kelihatan sangat gembira. “Jangan lupa salam dengan abang tu. Cium pipi dia ye.”

Mereka meluru kearah Hamdi dan bersalam dengannya. Habis comot pipinya. Budak2 tu kan makan comot. Melekat la. Dia merenungku tajam. Alamak…

Aku duduk kembali. Hamdi berbisik padaku. “Ada ubi ada batas, ada hari, siap lah awak saya balas. Hehehe.”

Tiba-tiba aku merasa seram. Dia ni menakutkan jugak.

“Tadi ummi bagi hadiah untuk kita. Tiket ke Australia. Honeymoon.” Hamdi memandangku.

“Honeymoon? Nak buat ape? Kenduri kat rumah awak?” aku tak suka macam ni.

“Kenduri minggu depan. Kita pergi lusa. Pasport ayah awak dah buat. Jangan risau. Diorang nak cepat dapat cucu. Anak kita”

 “What?? Anak??!!”

















Jangan lupa komen..

6 comments:

keSENGALan teserlah.. berkata...

haha..sengal gile mak bapak watif niee..
choy..

btw,bleh buat pop up komen tak?
much easier..
=)
smbung2..

mama_ariana09 berkata...

bestnya,,setiap hari ada entri,,hehe

aFaiSh berkata...

hahahhhaa...
adoi.. dua2 laki bini kaki lawak :d

nurul berkata...

hahaha lawak r cite ni.besh3
eh kak hampeh tu xde smbungan ke??

yoyo berkata...

heheehe

fasha faris berkata...

lawak betulla pasangan pengantin baru ni.. ade ke time tgh mkn b'adab dia boleh plak gurau2 camtu... ha3... udang punya pasal...

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template