Jumaat, 17 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 8




“Tempat ni best la. Macam-macam ade jual. Rasa macam nak beli hadiah untuk ibu dengan ayah.” Aku membelek-belek beberapa helai baju.

“Ibu tak pakai baju seksi macam tu. Awak je. Sorok-sorok belakang saya pulak tu..” Hamdi buat muka perli. Terkelip-kelip matanya.

“Sumbat kerusi dalam mulut tu karang baru tau.” Aku mencubit tangannya.

“Ish awak ni. Semalam nak sumbat bantal. Hari ni kerusi. Esok agaknya kereta pun awak nak letak dalam mulut saya. Ingat stor ke?” dia mencubit pipiku.

“Hahaha. Stor. Luas. Sebab tu suka mengata orang.” Aku ketawa kecil.

Dia ni lawak la..

“Paddy’s Market ni jual macam-macam. Sayur ade. Buah-buah ade. Saya pernah jumpa durian kat sini. Tempoyak tak de la. Awak nak beli ape?” dia membelek seekor teddy bear.

“Memang la. Ni teddy bear. Comel. Nak satu. Warna hitam tu comel” aku memegangnya pula. Lembut. Tak besar sangat.

“Awak kena ambik warna pink. Baru jadi perempuan. Awak perempuan ke laki?” dia memandangku. Muka serius.

“Errr.. Tak sure la. Nanti nak check dalam surat beranak.” Aku pun buat muka serius.

“Owww…” dia menahan ketawa. Akhirnya kami ketawa berdua.

“Saya beli dua, awak yang pink, saya yang coklat tu, ok?” dia membayar teddy bear tersebut. Tak faham aku bahasa ape yang dia guna.

“Awak nak jugak? Buat ape?”

“Peluk malam-malam. Nak peluk awak, awak tak bagi. Tolong bawak. Saya malu la.” Dia memberi kedua-duanya kepadaku.

“Ish ish ish. Malu la pulak. Ade orang laki nak main teddy bear!!”aku menjerit sedikit kuat.

“Jerit la. Tak de orang faham pun.”

Kami membeli beberapa barang lain. Memang menarik. Paddy’s Market agak luas dan terkenal. Untuk ibu, aku belikan sepasang kasut. Saiz paling kecil. Untuk ayah, aku belikan sehelai baju t shirt. Nampak funky, tapi ayah pakai je. Jangan dia bawak pergi kebun dah la.

Untuk ummi dan abah Hamdi, biar dia beli sendiri. Takut tak kena citarasa orang kampung macam aku ni kan..

Kemudiannya kami berjalan di kawasan Chinatown. Tak jauh beza macam Chinatown kat Malaysia ni je. Then, kitorang berjalan pula di Circular Quay. Pemandangannya cantik juga. Rasa nak menjerit je kat kapal-kapal kat situ. Tapi takut Hamdi tinggal aku sorang-sorang pulak. Dia tu pelik jugak kadang-kadang.

“Oii cik adik! Jangan la panjat kat pagar tu. Jatuh dalam laut baru tau.” Hamdi menarik tangan aku.

“Ala. Kejap la. Nak buat gaya Titanic ni. Uhh.. best nye angin.” Aku mendepa tangan dibuai tiupan angin. Kakiku berada di atas para pagar. Tak tinggi pun. Yang paling bawah.

“Tak jadi la Titanic macam tu.” Hamdi menghampiri aku.

“Kenape pulak?”

“Sebab tak de hero peluk heroin.” Dia mendepa tangan di belakangk ku. Kepalanya rapat di belakang telingaku. “Jangan tinggal abang tau..” dia berbisik.

Aku tergelak kecil. “Macam-macam la awak ni. Hahaha. Jom la. Tak baik orang tengok kita macam ni.”

“Eleh.. awak memang. Tak de orang pun malu. Ade orang pun malu. Tak pe lah. Siape la kita ni..” dia berjalan terus meninggalkan aku.

“Darwisy!! Tunggu la.” Aku berlari-lari anak.

“Tak nak!”

“Awak nak gi mane tu?”

“Merajuk!!”

“Darwisy! Jangan la macam tu” aku berlari makin laju. Sebab dia memang laju. Tak terkejar aku.
Tak boleh jadi ni..

“Darwisy! Saya nak terjun dalam laut!”

“Terjunlah…” dia masih berjalan. Tapi makin perlahan.

“Ok!!” aku mencampak batu besar di situ ke dalam laut. Fush…
Aku pergi menyorok.

“Adlina!! Ya Allah” dia berlari ke tempat berdekatan dan memandang ke bawah. Muka cemas giler. Dia mula memanjat pagar pelabuahan itu. Pucat aku tengok. Gila budak ni!

“Darwisy!! Cari ape kat situ?” aku menjerit. Takut dia terjun.

Dia memusing kepala. Memandangku tajam. Perlahan-lahan, dia turun kembali. Control malu sebab orang tengok. “Siap la awak…!!!” dia berlari mengejarku.

Ape lagi, aku lari la. Pinjam enjin kereta Waja kejap. Tapi Hamdi pakai enjin Ferrari. Dia dapat menangkap aku. Aku menjerit-jerit. Dia mendukungku.

“Saya nak campak awak dalam air tu..” dia mendukungku kearah pagar tadi kembali.

“Darwisy! Tak nak! Jangan la!” aku menjerit-jerit.

“Bagi hadiah dulu. Baru saya lepas.”dia menunjuk kearah pipinya.

“Eleh.. macam susah sangat. Muah!! Dah! ” aku tak kesah pun. Mat salleh lagi la tak kesah je tengok.

“Hahaha. Nak yang susah lagi ke?” dia tersenyum lebar.

“Nak turun..” aku buat muka sedih.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Selesai solat jamak Asar dan Zohor, kami makan bersama di rostoran halal di situ. Mula la mata mengantuk.

“Petang ni kita nak pergi mane?” aku mengunyah ayam goreng. Tah ape nama makanan tu.

“Rehat je petang ni. Malam ni nak jalan. Tempat special.”

“Kat mane?”

“Secret. Baju jangan risau. Saya dah beli untuk awak. Ade tudung hitam tak?” Hamdi menguap sambil makan.

“Ade. Makan pun ngantuk. Tersedak karang..”aku menghulur air.

“Boring la makan. Tak best. Nak tidur la. Cepat sikit makan.” Dia menghabiskan air dalam gelas.

“First time dengar orang cakap makan tu boring.” Aku makan dengan cepat. Kesian pulak kat baby sorang ni.

Kami balik ke hotel dan tertidur. Dua-dua sekali. Aku pun jadi mengantuk tengok dia tidur. Kami terjaga pada waktu maghrib. Mujur solat jamak ta’khir.

Kemudahan yang Allah beri adalah hadiah dari Dia. Bukan saja-saja Dia beri rukhsah dalam solat macam jama’ dan khasar ni. Dia lagi tahu keperluan hambaNya. Elok kita sahut hadiah pemberiannya. Bila berada di tempat luar tempat kebiasaan kita, kita akan banyak merasa letih, banyak perkara yang hendak dilakukan, terhadnya masa, terhadnya tempat. Barulah kita rasa bersyukur kerana Allah memahami hambaNya..

“Try pakai baju ni.” Hamdi menghulur sehelai gaun labuh berwarna hitam. Cantik sangat. Shapping, tapi longgar denganku. Baju itu agak besar. Hamdi sentiasa menjaga aku agar menjadi wanita yang menutup aurat. 
Tapi tak kalah dengan trend-trend terbaru. Itu aku tahu. Hatiku senang.

“Thank you. Nak pergi mane ni?” Aku blurr.. fening..

“Sydney Opera House.”

“Betul??!” besar mataku. Lebih besar dari mulutku yang separuh ternganga.

“Ye. Silakan Puan Adlina.”Dia menghulur tangan kepadaku.

“Terima kasih Encik Darwisy.” Aku tersenyum bahagia.

“Kita nak tengok ape ni? Opera?” aku excited.

“Cerita kanak-kanak je. Kat playhouse. Jom.”

Apabila kami tiba, semua tempat duduk hampir penuh. Ramai juga kanak-kanak yang hadir. Bermula sahaja pementasan, aku memberi tepukan yang kuat, tanda sokongan, sehingga Hamdi hampir menyorok di bawah kerusi. Pementasan tersebut sesuai untuk umur 3 tahun ke atas. Termasuklah kami. Hmm..

Sebaik sahaja pementasan bermula, kami mula menguap. Cerita menarik. Tapi kami tak dapat menikmati rasa nikmat aroma cerita itu seperti kanak-kanak yang datang menonton. Selepas 10 minit, aku tersengguk. Aku menyandarkan kepala di bahu insan di sebelahku.

“Arghh.. ngantuknye.”

“Miss, would you please take off you head from my shoulder.” Orang di sebelahku berbunyi.

Apesal suara Hamdi lain macam je. Silap makan kot. Aku malas nak kesah. Aku menutup mata. Signal untuk mula tidur.

“Adlina, awak buaat ape tu?” Hamdi menarik badanku ke arahnya.

Aikk.. Hamdi kat sini. Dah tu aku sandar kat sape tadi? Aku menoleh ke sebelah kiri.
Astaghfirullahhalazim. Mat salleh rambut cacak-cacak.

“I’m sorry mister spiky.” Aku dah merah macam udang. Malu…

“What??!!” dia membesarkan mata.

“Nothing..” aku cepat-cepat bersandar pada Hamdi.

Hamdi tergelak kecil. “Padan muka. Ni jangan nak raba-raba saya ye.”

“Shhh.. Jangan bising. Tengok depan tu.”

“Dia tu bising..”

Selepas 40 minit, kami keluar. Terus balik hotel. Landing atas katil sempit. Dah tak minat nak tengok. Ngantuk pulak tu.

“Nak tengok cerita Twilight Eclips tak?” aku memandang Hamdi. Mata masih layu.

“Best ke? Cerita Hindustan tak de?” Hamdi pun masih layu.

“Ade. Khabi Alvida Naa Kehna je.” Aku buat muka toya. Tak minat.

“Bestnye.. Jom tengok.”

Kami membuka laptop. Mengadap cerita tu sampai habis. Hamdi siap nangis-nangis lagi. Aku la pujuk dia. Soft heart nye…..

“Dah la tu. Huduh muka tu nangis-nangis macam ni. Nanti saya gi marah director tu buat cerita macam ni ye.”Aku mengesat air mata di pipinya. Adoi! Hilang macho. Tapi cute.

“Hmm.. awak… kita jangan pisah-pisah ye. Saya nak anak sepuluh orang boleh?” Hamdi mengesat matanya yang masih ada sisa air mata.

“Kita bincang esok ye. Ngantuk la. Nite.” Aku terus masuk dalam selimut. Agghhh.. Tak sanggup.

“Yela. Nite..” 








Paddy's Market









China town



Circular Quay



Sydney Opera House









jangan lupa komen

6 comments:

yana aryana berkata...

comelnye mereka...
;-D

Tanpa Nama berkata...

lcu siot diorang tu...:)))))))

WITHOUT A SOUND berkata...

hihihih..
smbung agi bole???

Sya Ecah berkata...

sambung lhaa lagi.....
best la.. + lawak .
saya suke!!
lain skit daripada yg lain.

IVORYGINGER berkata...

next entry plz. ;D

fasha faris berkata...

sweet.. (kerdip2 mata) nak hubby yg romantik csmtu gak.. ha3.. ada ke beli teddy bear.. xpadan ngan lelaki.. manja dan soft heart..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template