Selasa, 19 Januari 2010

Hampeh Part 3


Van terus bergerak. Dan aku terus tak sedar. Tiba-tiba ia berhanti mengejut. Aku terjatuh dari baringanku.


“Aduh.. Sakitla. Kenape ni? “ aku menonyoh mataku.


“Kitorang nak gi makan jap. Kau duduk diam-diam. Jangan nak ngade-ngade keluar.” Sedap je si botak menjerkah aku.


“Laa.. aku pun lapar jugak. Try senyap jap” dengan muka serius.”Dengar tak?”

Dahi mereka berdua berkedut. Cuba mendengarkan sesuatu.

“ Tak dengar ape-ape pun”


“Bunyi perut aku vibrate. Kuat dah ni. Lapar” Aku buat muka kesian.


Si botak buat senyum kesian kat aku. “Ala ciannye”

Bumm. Ceh, dia tutup pintu.


Nak buat cane ni? Tangan kena ikat. Tak kira. Nak keluar jugak. Lapar…hu3


Dengan segala kudrat yang ada, aku membuka ikatan tali. Akhirnya terlepas jugak. Aku membuka pintu perlahan-lahan.


Ha3. Aku memang power. Diorang ni pun bodoh jugak, tak ikat pun mulut aku. Pintu tak kunci. Hmm. Jom makan. Tapi tak de duit la. Ha!!! Aku ade idea!!


Aku menanggalkan apron yang kupakai. Ku betulkan bajuku. Mujur baju itu nampak proper je kat luar. Ku betulkan juga tudung yang sempat ku capai di rumah tadi. Aku mengambil fail di dashboard van dan sebatang pen. Aku berjalan steady menuju ke warung tempat dua makhluk kedekut tu makan. Aku mendekati seorang pelanggan.


“Macam mana makanan kat sini kak?” senyuman segaris.


“Err.. sedap la. Kami dah salalu datang kat sini.” pelik dia memandangku.


“ Ape yang menarik akak nak datang makan kat sini? “ senyuman dua garis.


“Emm.. tempat ni bersih. Sedap. Tapi lambat sikit kalau sediakan makanan.” yeke..


“ Terima kasih kak.”

Aku mendekati dua tiga lagi pelanggan dan bertanyakan soalan yang sama. Pemilik kedai mula memandangku aneh. Si botak baru sedar kehadiranku dan mula pucat. Aku tidak memperdulikan mereka. Aku berjumpa pula dengan pemilik warung tersebut.


“Assalamualaikum kak, abang” aku bersalaman.


“Saya ni pelajar dari poli Kuantan. Sebenarnya kami satu kumpulan. Nak buat kaji selidik tentang daya penarik sebuah restoran. Jadi saya di tugaskan ke kedai ni” panjang teberang aku.


“Oww.. akak ingat ape tadi “ comel mak cik ni senyum.


“ He3. Saya dah tanya pelanggan kat sini. Kebanyakan cakap makanan kat sini memang sedap dan tempat bersih. Tahniah saya ucapkan. Cuma sesetengah pelanggan cakap kadang-kadang makanan lambat disediakan dan harga agak mahal.” Ni aku tak reka. Diorang yang cakap.


“ Hehehe. Yeke. Pekerja tak cukup sebenarnya, tukang masak beranak''


"Pada pendapat saya, lagi elok kalau akak sediakan makanan macam ulam, budu dan buah-buahan tempatan dengan percuma. Baru padan dengan harga yang mahal. Lagi pun makanan kat sini banyak makanan tradisional"


"Bagus jugak tu. Jadi restoran tradisional. Terima kasih la dik tolong bagi tau. Akak tak tau.”


“Hehehe. Tak payah terima kasih, memang dah tugas saya. Emm, saya balik dulu ye kak.” Ku senyum tiga garis.


“Eh.. dik. Tak makan dulu ke? Meh la makan dulu. Akak bagi free je.” Dia menarik kerusi mempersilakan ku duduk.


“Eh..tak payah la kak. Ganggu pulak.” Koya sungguh aku ni.Ha2


“Ish, mane boleh. Makan la. Ni rasa ikan tenggiri akak. Yang paling banyak orang order” ikhlas dia menghulur makanan.


Ha3. Aku dapat makan free. Yang paling sedap pulak tu. Ape lagi. Kenyang la aku makan.


Selepas mengucapkan terima kasih kepada akak tersebut, aku keluar. Van sudah tiada. Yes!!


Macam mane nak balik ni? Aduh.. Dah la jauh dari rumah. Cari surau dulu la. Tak solat lagi ni.


Mujur ada masjid dekat situ. Aku solat zohor dan terus tunggu untuk solat asar.


Ya Allah, macam mane aku nak balik ni? Aku tak kenal sape-sape pun kat sini. Ni kat mane pun aku tak tau.. Nak buat laporan polis, rasa polis tak percaya. Salah ke ape aku buat ni? Jangan biar sampai aku buat salah. Selamatkan aku dari maksiat dan dosa. Tolonglah aku pulang ke rumah.


Siap solat, aku melangkah keluar masjid dan berjalan seorang diri. Tak tau nak ke mana.


“Err.. awk..”


“Hmm? Nak ape? Aku takde duit pun. Tak payah la nak rompak.” Selamba aku menjawab. Tah laki mana yang menegurku. Malas nak tengok.


“Kenapa awak jalan sorang-sorang kat sini? Tak pernah nampak pun muka awak. Baru pindah ke?”


“Saya kena culik la. Tapi terlepas.” Ayat letih. Aku memandang muka laki itu.

Mak aii !! Handsome nyer…


Tiba-tiba…


“Oii.. jangan nak lari lagi !!” si botak kejar aku. Si Kurus dalam van, menunggu.


Ape lagi.. Aku pun pinjam tayar Ferrari la. Lari!!!!! Tapi dia sempat jugak tangkap aku dan sumbat aku dalam van.


“Aduh!! Ape lagi korang nak?” geramnye aku…


“Kau pegang fail maklumat kitorang. Jangan harap boleh lepas.” Dia merentap fail dari tangan aku..


“Ambik la. Aku tak ingin pun. Dah, Lepaskan la aku.!!” Kasar suara aku..


Dari cermin sisi van aku melihat laki yang menegurku tadi sedang termengah-mengah mengejar van..


“ Kitorang nak hantar kau kat rumah pelacur. Padan muka kau!!” botak buat muka menganjing..


“Ha?!!! “


1 comments:

dinieezyane berkata...

...singgah sebentar di blog anda. Membacabaca blog anda.

oi o0i!

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template