Rabu, 20 Januari 2010

Hampeh part 4

gambar hiasan je


“Huh..” aku cuba bertenang.


“Korang tak de idea lain ke? Aku ni pandai. Rugi kalau bazirkan kecerdikan aku tau” ikhlas dah ni.


Puas aku cuba memujuk mereka, tapi tak dilayan. Mataku ditutup. Tanganku diikat. Tapi mereka tau aku pandai lepaskan diri, jadi si botak sentiasamenunggu di tepiku.


Boring boring boring boring.. Baik aku siasat pasal diorang dulu. Mengkaji manusia. Ha3


“Kau name ape? Kurus tu? “


“Banyak soal la kau ni. Aku orang paggil botak je. Aku selalu botak. Tu Amir. Aku kena tutup mulut kau jugak agaknye ni.” Dia tak kan buatnye..ha3


Sedar-sedar van dah berhenti. Aku dibawa masuk ke dalam satu rumah. Aku kemudiaannya dibawa masuk ke satu bilik dan dikurung. Aku langsung tak melawan. Mereka ada senjata. Takut la. Time tu maghrib dah nak habis. Aku tau pun sebab jam aku ade set waktu solat. He3.


Aku cepat-cepat ambil wuduk dan solat mengikut arah kiblat di jam ku. Tu lah bagus kalau harta kita kita laburkan pada jalan Allah. Di dalam bilik tu tak ada kain sembahyang. Aku ambil selimut bersih dari dalam almari untuk dijadikan kain dan telekung sebab aku tak pakai stoking. Apabila masuk waktu isya’ aku terus solat. Aku tak tau adakah aku masih ada peluang hidup lagi atau tidak lepas ni. Jadi baik jangan tangguh solat.


Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit
WAHAI Tuhanku, hukumlanlah (antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah yang melimpah-limpah dahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan- Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu. (al-Anbiya': 112)

Keterangan Ayat
Daripada Qatadah berliau berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW diajar oleh Allah SWT agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah baginda sentiasa berada pada pihak yang benar sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Diriwayatkan baginda akan membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir ibnu Abi Hatim, tafsir ayat 112 surah al-Anbiya')


“Oii budak ! Kau buat ape tu?!” sedap je si hitam ni jerkah aku.


“Solat. Tak Nampak? Dah solat belum?”


“Nak tunjuk baik konon. Dengar sini, aku nak kau siap-siap, lepas ni ade orang nak datang. Kau layan elok-elok. Kalau tak, aku tak bagi makan. Nah, pakai baju ni. Tukar sekarang, lima minit lagi, aku datang tengok” dia melemparkan baju tidur pendek yang bertali.


“Bwek.. Jahat!” aku menjelir lidah.


Ala.. macam mane ni? Kalau tak pakai, nanti dia tembak aku, terus mati. Pastu, takkan nak layan jantan? Aku ta nak jadi pelacur. Hu3. Ni yang rasa nak nangis ni.

Ha!! Aku ade idea! He3 (ketawa muka jahat).


Aku menukar baju yang diberi. Kemudian aku selimutkan badanku. Semua tutup kecuali muka.


“Dah tukar baju?” tiba-tiba je si hitam ni masuk.


“Dah. Tu baju yang aku pakai tadi.” Aku tunjukkan baju ku dia ats lantai. Dah berlipat.


Dia nampak puas hati. “ Tunggu je tau. Jap lagi ade dato’ nak datang. Layan elok-elok. Kalau tak, nahas kau”


Atuk mane plak ni? Tak puas main dengan cucu la tu. Datang kacau orang pulak.


Tiba-tiba pintu terbuka. Masuk seorang laki. Jantugku mula berdebar. Adrenaline keluar lagi. Ususku terasa tegang.


Alamak, atuk muda..

0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template