Khamis, 21 Januari 2010

Hampeh part 6


“Ape yang kau dah buat? Sampai Dato’ Hafiz blah macam tu. Kau memang nak kena ey!!” dia menarik rambut ku kuat. Memang sakit.


“Sebenarnya, dia cakap nak muntah bau saya. Awak tau tak saya tak mandi lagi dari semalam.” Memang betul aku tak mandi.


Dia mencium bauku “Tak bau pape pun. Kau jangan nak cari nahas gan aku!”


“Hello Mister! Dia tu Dato’. Orang loaded. Bukan low class macam kita ni. Of course dia sensitive dengan bau macam ni.

“Kau ni banyak songeh betul la. Kenape la botak bawak kau datang sini?!” bentaknya kuat.


Aku dipindah kan ke bilik satu lagi. Aku dibenarkan mandi dan tidur. Mujur dah makan, jadi tak la lapar sangat. Tapi mereka tak memberi sikit pun makanan dan minuman. Mungkin hukuman untuk aku.


Pagi tu, semua ok je. Mandi tapi tak dapat makan jugak. Memang boring duk dalam bilik tu. Aku diletakakkan sorang-sorang sebab paling nakal kot. Ha3. Tapi aku disuruh bersiap lagi untuk klien.


Ish3 diorang ni. Pagi-pagi pun nak jugak. Tak reti tahan. Tak tau dosa ke? Sekarang aku kena pikir idea baru pulak. Harap-harap berjaya. Ku tak mau ternoda. Kalau main lari gitu je, bukan idea yang baik. Boleh mati jawab nye..


So, then masuk la sorang ni, bukan Dato’ kot. Aku dah kusut masaikan diriku lepas hitam jenguk aku last time tadi. Lepas tu, aku masuk dalam selimut lagi. Apabila laki itu datang kepadaku, aku terus menerpa kepadanya..


“Tolong aku.. (suara nenek kebayan bisik). Aku dah kena H1N1!! Tolong.. Aku tak nak mati macam ni!! “ memang dasyat suara aku buat. Macam orang dah nak mati.


“Ape ni?!! Ape kau mengarut ni perempuan?!!” dia menampar aku..


Ceh.. kurang asam betul la..Nak kena ni.. revenge!!


“Kau tak nampak ke? Aku sakit.. Ha3. Kau dah berjangkit!! Ha3” macam hantu aku ketawa.


Aku menarik tangannya ke dahi aku. Dia menarik semula.


“Panas kan?? Aku dah batuk, selsema, sejak orang mexico tu datang tidur gan aku. Tapi tak sape peduli!! Kau kena tolong aku!! Aku kena H1N1!!” kuat jugak aku menjerit.


Dia pun lari lintang pukang. Ha3. Ape lagi.. aku terus betulkan keadaan aku. Bila si hitam datang, aku dah jadi lawa je. Ha3.


“Ape pulak kali ni??” tajam memandang aku.


“Tah la.. sian saya. Dia cakap mulut saya busuk.. saya gosok gigi guna kain je tadi. Tak de berus gigi. Maybe sebab tu kot..Lagi pun, dari semalam tak makan, tu la jadi busuk bau dari perut” buat muka kesian.


“Kau ni kan!!! Baik aku bunuh je.. Menyusah kan orang..”


“Eleh..salah awk jugak, tak bagi berus gigi, makanan. Lapar tau..” muka kesian kuasa dua..


“Malam karang, last time aku bagi peluang. Buat elok-elok, kalau sayang nyawa kau”


“Janes!! Bagi budak ni makan minum.


He3. Aku dah cakap aku pandai. Malam ni aku nak lari!! Yes!!!



0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template