Jumaat, 22 Januari 2010

Hampeh part 8


Good morning..bestnye tido..


Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku (terjaga) selepas mematikan ku (tidur) dan kepadaNya aku akan kembali.


Selepas solat Subuh aku meminjam baju dan tudung dengan Nini. Then, aku turun makan bersama keluarga Nini. Baru lah aku menceritakan apa yang dah jadi.


Mereka nampak terkejut. Haris (yang kena simbah air.) menyuruh aku membuat laporan polis. Tapi aku bimbang keselamatan keluargaku. Botak dan Amir tau dimana rumah ku. Mereka juga mungkin membunuhku kerana aku sudah tau banyak rahsia mereka. Mati akal aku berfikir.


Haris akhirnya mengajak aku ke balai polis untuk membuat laporan. Aku hanya menurut. Dia memandu kereta.


Malu la aku dengan budak ni. Ha3. Koya sungguh la. Ala, semalam tu bukan sengaje datang macam tu. Mane aku tau ade dia dalam rumah tu. Ahh, biar la. Janji aku selamat. He2


“Cantik jugak awak ni ye..” memecah sunyi.


“Tak baik menipu. Dosa.” Sedap je aku jawab. Padahal aku la raja menipu.


“Betul la. Tapi kalau pakai sopan macam ni la. Pakai tudung. Kalau macam semalam tu, hantu pun pengsan tengok.” Ha3” sedapnye gelak..


Ceh. Kurang asam betul. Nak kena dia ni. Tak pe. Sabar..sabar..


Dia berhenti sekejap untuk mengambil duit di bank. Aku hanya menunggu di dalam kereta. Hampir 10 minit berlalu. Mula la aku naik bosan. Aku pun keluar sekejap dari kereta.


Tiba-tiba aku ternampak botak berlari ke arahku. Aku naik panik. Ape lagi, aku pun berlari kearah deretan kedai. Aku tak tahu mahu ke mana. Aku pun masuk ke dalam sebuah kedai makan. Mereka tidak perasan.


Secara spontan aku mengambil apron, pen dan kertas dan mula mengambil pesanan makanan dari pelanggan. Mujur mereka tak perasan. Huh..


“Nak makan ape encik? Kat sini banyak makanan yang sedap-sedap. “ gaya pelayan sungguh. Toke kedai terbeliak mata memandang aku. Ha3. Biar je.


Namun taktik aku menjadi kejap je. Mereka perasan. Aduh..Aku cepat-cepat meletakkan pesanan dan apron di kaunter dan lari ke pintu belakang. Sakit betul kaki aku. Aku masuk pula ke sebuah klinik dan buat-buat sakit.


“Aduh.. kaki saya sakit.. Tolong“ buat muka sakit..


Mereka tidak perasan. Apabila mereka sudah jauh, aku keluar dari klinik itu.


“Dik, jangan lari, nanti sakit” baik pulak jururawat ni.


“Dah ok! Kejap je sakit. Thank you!!” laungku perlahan.


Aku cuba menyusup masuk ke dalam beberapa buah kedai untuk kembali ke kereta. Haris sedang menunggu dengan muka risau. Aku berjengket-jengket memerhati kanan dan kiri. Mereka sudah tidak kelihatan. Huh.. Lega. Aku berjalan laju.


Cepat la sampai… kecut perut dah ni. Mati la aku kalau kena tangkap.


Tiba-tiba, van oren yang aku cam giler berhenti depan aku. Ape lagi, botak menarik aku masuk ke dalam dan menghulur pisau kepada ku tanda menyuruhku senyap. Aku cuba diam dan bertenang. Tapi hati dah kuat berkompang. Dub dab dub dab…


“Oii, cepat!! Kereta waja tu kejar kita!!” Botak menengking Amir.


Haris kejar..Yes!! He3. Mintak-mintak la aku selamat.


Aku masih tak ade peluang untuk menjerit atau bertindak apa-apa. Aku hanya mampu melihat kereta Haris makin lama makin jauh dan akhirnya lenyap dari pandangan.

Mati la aku kali ni..


“Korang nak bunuh aku ey?” terketar-ketar suara ku.


“Master Koshi nak jumpa kau” muka botak serius.


“Sape Master Koshi?” aku dah makin takut. Alahai..


“Bos besar..”


“What?!!’

0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template