Sabtu, 17 April 2010

hampeh part 15


Tak pasal-pasal kena balik. Geramnye.. Nape dia nak marah pulak. Bukan aku bocor rahsia pun. Sibuk je. Wekkkk…

“Saya tak suka la awak kawan gan orang lain. Tah sape-sape. Kat dunia ni ramai orang jahat tau. Awak tak tau ape yang saya tau. Diorang boleh ade kat mane-mane je. Nyesal saya tinggal awak sorang-sorang.”

Kuat membebel. Wekk.. Macam la dia tu tak jahat.

“Awak dengar tak saya cakap?” keras pulak bunyinye.

‘Dengar.” Malas nak jawab. “Jangan la bawak kereta laju-laju. Awak nampak lagi bahaya dari si Haris tu.” Sedap rasa dapat menjawab.

“Sory” muka nerd.

Kioshi mengambil sekeping CD dan memasangnya. Nampak macam baru. Tah ape. Malas nak ambik pusing.

“Semua tahu kamu cantik

Semua tahu kau menarik

Kau bidadari terhebat

Membuat cintaku makin kuat

Kadang-kadang ku cemburu buta

Saat ramai mata terpesona

Terlebih saat ku mahu pergi

Risau hati kau ada yang curi

Plez..plez..plez..

Kamu jangan nakal

Ku pergi sebentar

Bukan untuk curang

Plez..plez..plez

Kamu jangan nakal

Nanti aku datang

Bawa yang kau pesan”

Kioshi menghulurkan sekeping coklat Cadbury. Black forest.. Terliur aku.

“Saya tak pesan pun.” Ha3. Dari tadi lagi aku nak tergelak. Kelakar la mamat ni. Sejak bila layan lagu melayu.

“Tak nak?” Kioshi senyum segaris.

“Tak nak” aku geleng. Buat muka tak layan.

“Ok. Takpe. Rezeki saya kot. Nampak sedap la pulak.” Kioshi membuka penutup coklat. “Ade black forest la. Sedap ni.. “ senyum dia membuatkan aku makin terliur.

“Awak dengar tak bunyi?” aku memandangnye dengan hujung mata.

“Bunyi ape? Awak kentut ey?” senyum mengusik.

“Tak lah!! Nak kena awak ni. Try dengar elok-elok. Slow je.” Aku buat muka gaya Ipin.

“Tak dengar la cayang.” Senyumnye sweet.

“Perut saya duk main gendang. Tiba-tiba je. Tak kesian ke?” muka kesian

“Hahahaha.. Budak ni.. Bukak mulut. Ammm..” dia menghulur coklat. Nak suap konon.

Aku mengambil coklat dengan tangan. Sedapnye… rasa macam nak terbang je.

“ Sory ey pasal semalam. Saya tau saya tak patut buat gitu. Mujur awak ok” slow suara Kioshi.

“Awak janji ye, jangan buat gitu lagi.”

“Ok, saya janj.” Comel dia senyum. Ade lesung pipit rupanya.

“Bila kita nak sampai? Jauh ke? Saya tak pernah tau pun jalan nak gi kat bunglo tu.” Sebab penculik yang bawak. Ha3.. botak..

"Saya nak bawak awak kat tempat lain la..”

“Haa?!!” luas mulutku nganga.


0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template