“Tak tau nak cakap ape.. Cantik sangat. Ni rumah sape? Nape kita datang sini?” aku pelik sebenarnya.
“Awak rasa-rasa, ni rumah sape? “ banyak la pulak soalan si Kioshi ni.
“Tah lah. Macam rumah hantu je. Tak nampak orang pun” ikhlas.
“Ambik kunci ni. Mulai hari ni, awak duk kat sini. Barang awak pun ade dah kat sini. Saya dah beli baju-baju untuk awak, tudung, kasut. Err, yang dalam-dalam, saya tak reti la. Ha3.” Boleh pulak dia ketawa.
“Nape awak buat semua ni? Saya nak duk dengan sape kat sini?” terharu pulak.
“Awak ingat free ke duk kat sini. Awak ade tugasan tau.” Sengih mengusik.
“Ape saya kena buat? Tak nak buat jahat la Kioshi. Plezzz..” muka kesian.
“Tak de lah jahat sangat. Masak untuk saya, kemas rumah, basuh baju. Macam biase. Kalau nak urutkan saya pun boleh. Ha3.” Kuat betul mengusik.
“Saya duk kat sini dengan awak ke?” muka cuak.
“Ye la sayang oi.. Kita duk berdua. Saya ingat nak ajak Lily duk sini. Kalau saya takde, tak lah awak sunyi sangat.” Ayat perasan.
“Ajak la Lily. Saya tak nak duk berdua dengan awak je.”
“Takut dengan saya ey?” dia mendekatkan muka ke arahku. Makin lama, makin dekat. Muka ku makin kerepot macam hantu.
“Kioshi, jangan la…”
“Ha3. Takut rupanya. Awak jangan risau, saya faham awak macam mane. Saya takkan buat macam tu kat awak. Ok lah, meh saya tunjuk rumah ni kat awak”
Rumah tu memang sangat cantik. Kawasan luarnya luas. Hijau je. Siap ade kuda lagi. Bilik ku kecik sikit dari bilik Kioshi. Tapi memang besar. Rumah tu tak la sebesar banglo dulu, tapi lagi kemas dan cantik. Banglo tu sepah sokmo. Orang laki suka buat sepah. Tak paham betul aku. Baju yang Kioshi beli pun cantik-cantik. Waaa.. bestnye...
“Kioshi..”
“Ye tuan puteri…”
“Nape awak layan saya baik sangat? Sebab semalam ke?” keningku terangkat.
“Tak de lah. Sebenarnya, saya memang dah rancang nak ajak awak duk sini. Awak tak sesuai kat sane. Tu tempat kerja kitorang. Ade orang pernah mengintai awak mandi. Siap rakam lagi. Memang saya marah. Tapi saya kena hormat diorang jugak. Diorang dah banyak kali selamatkan nyawa saya. Tapi saya dah buang video tu. Jangan risau.” Muka dia serius.
“Awak tau, saya terkejut sangat. Sampai hati diorang. Saya ingatkan diorang baik.” Air mataku mula menitik.
“Laa.. Jangan la nangis. Hilang comel tu nanti. Kitorang dah takde istilah baik. Tapi, diorang baik dengan awak. Diorang suka dengan awak. Cuma, memang perangai diorang macam tu. Malam-malam, mesti tidur kat rumah pelacuran tu. Mane diorang ade bilik kat banglo. Bila saya ambik barang awak pagi tadi, ramai yang sedih. Botak lebih-lebih lagi. Dia merayu nak jumpa dengan awak. Saya harap awak tak lari. Jangan tinggal
“InsyaAllah.. Huh.. tak tau nak cakap ape. Ape saya nak buat kat sini? Boring la duduk diam je.”
“Jangan la duk diam. Duk bising la. Ha3” ayat auta betul.
“Ceh.. ha3. Awak ni suka buat lawak jugak ye.” Kupandang dengan ekor mata.
Kami sama-sama diam. Tak tau ape yang Kioshi fikirkan.
“Kioshi, saya ade idea..” aku senyum melebar.
0 comments:
Catat Ulasan