Isnin, 24 Mei 2010

Hampeh part 29

Aku cuma senyap. Dia pun senyap. Bagus jugak. Letih. Ngantuk. Lapar.

“Awak, stop jap kat kedai tu.” aku menunjukkan kea rah satu kedai runcit.

“Jangan risau, kat rumah saya ade banyak makanan kucing” dia membalas selamber.

Suka hati je. Ingat aku ni kucing ke.  Tau la dia suka kucing..

“Jauh lagi ke ni?” aku mula menguap.

“Jauh lagi kalau awak nak jalan kaki. Saya boleh turunkan awak kat sini.” Dia memberhentikan kereta di tepi sawah.

Sakit betul hati aku. Aku buat bodo je. Nak balas dendam la tu..

“Nak merajuk la macam ni. Sampai hati awak.” Aku mula muncung.

“Ok. Nak merajuk jugak lah. Kita merajuk sama-sama erk... Sape nak mula dulu?” dengan muka selambe dia memandu kembali.

Aku tak tau nak cakap ape. Dah la aku tengah letih sangat-sangat. Tiba-tiba aku menangis teresak-esak. Tah la kenapa.

“Jangan la macam tu. Alala bucuk-bucuk. Dah sampai pun ni. Jom turun.” Dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah kayu.

“Ni rumah saya la. Meh saya angkatkan beg.” Dia cuba mengangkat begku yang besar. Tapi macam tak boleh je.. tak cukup tenaga lah kot.

Aku pun mengambil beg di tangannya dan mengangkat satu  lagi beg. Rasa teringin nak mengenakan dia. 

“Ringannya beg ni. Macam ade angin je”

Asrol mencebik. “Awak la lepas angin dalam tu. Patut busuk semacam kereta saya.”

Seorang mak cik membuka pintu. “Sape tu, Man?” dia menunjuk ke arahku.

“Tah la mak. Tadi Man jumpa kat dalam tong sampah. Dia cakap nak ikut Man. Man kesian kat dia. Man bawak balik la.”

“Tak payah la nak kelentong mak” Dia mencubit Asrol.

“Masuklah..”

Aku bersalaman dengan mak cik itu. Aku menceritakan hal yang sebenar secara ringkas. Tak boleh detail-detail. Nanti polis tangkap aku. He3.

“Mak cik tak kesah pun. Lagi pun rumah ni sunyi je. Man tu senyap je.” Dia tersenyum manis. Awet muda mak cik ni.

“Kalau dia ni ade, memang tak sunyi lah. Dia ni bising macam pasar.” Asrol menyampuk.
Aku menjeling.

“Masuk lah dalam bilik. Rehat-rehat. Nak mandi, kat sana ade bilik air.” Mak cik Nab menunjuk kearah dapur.

“Ehm.. rumah ni ade dua bilik je. Kalau awak masuk yang kanan, kongsi dengan mak saya. Kalau masuk kiri, kongsi dengan saya. Kat dapur pun boleh. Ade satu peti sejuk kosong. Awak buatlah  jadi katil. Nak yang mane? Boleh pilih.. Jangan risau” Asrol tersenyum padaku.

“Reban tak de ke?” aku geram.

“Tak de la. Takpe, nanti saya tolong buatkan reban untuk awak ye.”

“Thank you la cik Asrol. Sementara tu, saya masuk bilik mak awak dulu ye.”

“Baiklah tuan puteri hanglipo.” Ayat nganjing.

“Err.. tuan putera hantulipo.. ade makanan tak? Saya lapar sangat la.” Aku buat muka kesian.

“Mak, makanan kucing ade lagi tak? Tuan puteri ni nak santap makanan..” dia sempat lari sebelum kena sepak dengan aku.










Jangan lupa komen..

1 comments:

zahra berkata...

ala..xnak la dy dgn asrol..huhu...
kioshi,kioshi,kioshi......huhuhu...

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template