“Ina, kenape susah je nak baca ni? Aduh.. pak cik ni tua dah. Lidah dah keras” Botak merungut. Dah 3 hari dia suruh aku panggil dia pak cik. Dia pakai kopiah selalu. Lain je nampak. Sejuk hati aku..
“Biase la tu pak cik. Mane ade orang baru belajar terus pandai. Nak dengar cerita tak?” aku tersenyum padanya.
“Boleh je. Ina ajar la ape-ape pun. Pak cik tak kesah la.. Pak cik suka nak dengar.”
“Al-Quran tu kan kata-kata dari Allah. Kiranya, Allah macam tulis surat kat kita semua. Banyak yang Allah nak bagi tau. Biar kita tak sesat. Allah bagi jawapan pada soalan-soalan yang kita tak paham.
Soalan pertama. Kenapa aku diuji?
Jawapannya.. “Adakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan saja mengatakan ‘kami sudah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji.?” Surah al-Ankabut. Ayat 2.
Cikgu pun buat exam. Dah susah-susah cikgu ajar kita, dia nak tau jugak berbaloi tak ape yang dia ajar selama ni. Macam tu lah Allah. Dia dah bagi segala nikmat. Dia nak jugak tengok, hamba Dia ni tau bersyukur tak. Tak kan nak free je. Bukan Allah tak tau kalau tak uji. Allah tau. Tapi ujian tu lah yang akan jadi bukti ketaatan. Cikgu pun, nak bagi anak murid dapat masuk u, kena lah ade bukti exam. Tak kan nak cakap je ‘anak murid saya ni pandai’. Bukti mane?
Soalan kedua. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
Jawapannya.. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal amat baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-baqarah ayat 216
Ade satu cerita ni. Orang ni tak dapat mengandung lagi. Dia sedih sangat. Tak leh nak terima. Lama-lama, dia ambil anak angkat. Bila dapat anak angkat dia ni, anak angkat dia ni bunuh semua ahli keluarga dia. Asal ade 3 ahli keluarga. Tapi tak syukur dengan Tuhan. Last-last hidup sorang-sorang.
Soalan ketiga. Kenapa ujian seberat ini?
Jawapannya.. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Surah Al-baqarah ayat 286.
Setiap yang Alah uji tu sebenarnya kita mampu hadapi. Atas kita je nak jadikan perkara tu mudah atau susah. Orang yang gila tu, bukan dia tak boleh hadapi, tapi hati dia kosong. Tak ade Allah. Nabi Muhammad, belum lahir lagi ayah dia dah meninggal. Umur baru 6 tahun, mak pulak tak de. Kecik-kecik lagi dah tak boleh nak manje-manje. Lepas tu datuk pulak. Dia sunyi. Sape nak dengar budak kecik ni cakap? Nak bual-bual. Dia tak sedih. Sebab ape-ape pun dia terus mengadu kat Allah. Dia rasa bahagia. Yang Paling Berkuasa sudi dengar suara hati dia. Orang belum tentu dapat tolong dia. Tapi kalau Allah nak tolong dia, siape yang boleh halang Yang Maha Kuasa? Allah la yang paling dekat kat hati dia”
Air mata Pak Cik Botak mengalir. “Dah la Ina. Hati pak cik dah tak boleh nak tahan.” Esak nya makin kuat.
“Dah lama saya tak dengar orang cakap pasal Allah..”
Aku berpaling kearah suara itu. Kioshi berdiri di pintu...
0 comments:
Catat Ulasan