Selasa, 30 November 2010

aku nikahkan engkau part 1

“Aku nikahkan engkau………………………”

Tutt. Tekan on..

“aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin
erti hadir diriku
kan menghapus dukamu, sayang
kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku”

Ceh, lagu ni pulak yang keluar. Hmm. Lantak lah. Asalkan tak dengar.

Tiba-tiba ibuku memelukku dan mencium dahiku.

Ok. Tau dah. Dah sah la tu.

Aku mencabut earphone di telingaku di sebalik tudungku dan terus memasukkannya ke dalam beg. Mampus kalau ibu nampak.

Semua orang kelihatan tersenyum. Aku memandang adikku dan tergelak. Nampak lah macam senyum sikit. Mujur upah adik suruh buat lawak. Kalau tak, spoil.. Nampak lah muka aku berkerut seribu tu.
Mula lah pula ucapan nasihat dari tuan kadi tersebut. Aku menarik kembali earphone ku. Alamak, lekat. Beg tu kecil sangat. Aku menarik kuat sedikit. Huh, keluar pun. Aku memasukkan ke dalam tudungku dengan cermat sepaya tak terperasan dek orang lain. On.

“Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik saying
Kerna aku untukmu”

Kuat giler bunyi. Rupanya earphone aku tercabut dari handeset. Wow… luruh jantung aku. Aku cover2, macam ade orang call. Semua mata tertumpu ke arahku.

“Hello. Err… sorry. Tengah sibuk ni. Telefon dalam sejam lagi ye.”
Ibuku mengerutkan dahinya.

“Dah selesai dah? Boleh kita sambung?” tuan kadi punya ayat ala-ala peril aku je. Padahal mane nampak. Ada langsir.

“Boleh boleh boleh..” aku senyum kera.

Agaknya memang Tuhan nak aku dengar khutbah nikah ni kot.

Antara yang disebut oleh tuan kadi tersebut..

Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Suami hendaklah mendidik isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat.”

“Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik. Isteri juga harus mengendalikan kerja-kerja rumah. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami.

Hmm. Ku dengar dan ku faham. Tapi nak buat, aiyooo.. Susah ma…. Tapi hati aku tersentuh la sedikit sebanyak.

Selesai sahaja majlis akad nikah, aku bersalaman dengan semua muslimat yang hadir. Kami tak buat adat membatalkan air sembahyang sebab muslimat diasingkan dari muslimin. Honestly, aku pun tak tengok lagi rupa laki aku. Tak tau la hidung ade berapa. Yang aku berani sure, dia lelaki. Eeee, takut. Adik aku cakap, dia hidung kepek, gigi rongak, rambut putar2 macam Gun Jun Pyo. Hmm.. entahlah.

Kami bertolak balik ke rumahku. Ada sedikit jamuan malam ni. Untuk keluarga terdekat je. Esok baru buat kenduri. Sampai di rumah, aku kira nak cabut je. Laju ku berjalan.Tiba-tiba..

Ibuku menarik tanganku dan berbisik perlahan “Awatif.. tunggu la kejap. Jalan dengan Hamdi tu.”.

“Yang mane ibu?”

“Yang baju melayu ungu tu lah.”

“Ok”

Aku berjalan merapati seorang lelaki berambut kerinting. Dia agak rendah. Dia memandangku dengan muka terkejut. Aku turut memandangnya.

“Awatif.. yang depan tu lah. Bukan yang ni.” Ibuku macam dah bengang.

“Sorry..” aku berjalan ke depan.

Seorang lelaki yang kelihatan kemas menarik tanganku dan memegang erat. “Jangan la macam tu. Malu saya.”

Takut aku. Ni agaknya laki aku. Ok. Rileks..rileks. Bertenang.

Aku berjalan sahaja mengikut dia. Kami duduk di kerusi yang telah dihias cantik.

“Lepas la tangan saya” aku dah naik rimas.

“Saya lepas kalau awak janji takkan buat hal” dia merenung tajam ke arahku.

“Hmm.. yela. InsyaAllah.” Aku takut nak merenung dia.

“First thing, ingat muka saya. Jangan tersilap orang. Tadi tu adik saya. Buat malu je”

“Ok bos.” Aduhh.. kuat bagi arahan betul.



“Assalamualaikum. Saya selaku tuan rumah mengalu-ngalukan kehadiran tuan-puan. Dipersilakan untuk menjamu selera. Bagi yang nak ambil gambar, boleh masuk ke dalam. Kedua mempelai ada di dalam. Kami tak mengadakan adat bersanding atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf. ” suara ayahku memang kuat untuk dijadikan speaker..

Bila kamera dihalakan padaku, terpaksalah aku senyum.

“Kakak! Bukak hidung tu luas sikit” adik aku memang kurang hasam.

“Err..rapat sikit boleh?” tah sape. Aku tak kenal. Aku buat bodo je.

“Puan Awatif Adlina, sila dekat sikit. Jangan risau, saya tak makan orang.” Makhluk di sebelahku berbunyi.

“Yela Encik Darwisy Hamdi” aku buat muko toya.

“Nasib baik ingat nama saya. Kalau tak, nak buat pop kuiz malam ni” dia tersenyum.

Malas layan. Harap je muka handsom. Handsom?? Emm.. boleh la. Yang pasti, adik aku penipu besar.

Selesai sesi bergambar, kami makan. Sikit je. Tak lalu. Bukan nak cover2. Bila semua orang dah balik, ayahku menyuruh semua orang masuk ke bilik dan tidur. Macam pelik, tapi semua orang betul2 masuk bilik. Hanya lampu di ruang tamu terbuka. Sebab aku dan dia di situ.

Ok. Sekarang tinggal kami berdua. Nak buat macam mane ni?? Masuk bilik ke? Tak tak tak. Tapi takkan nak duk sini je.

“Ehmm.. jom masuk bilik. Saya nak kasi awak hadiah sebab jadi isteri saya. Special punya.” Hamdi  mengenyit mata.

“Err.. tak nak lah. Simpanlah.” Ting tong. Aku takut.

“Mane boleh simpan-simpan. Tak elok. Hehehe. Aiishh.. takut ke Na?” senyum dia macam godzila dapat push pop.

“Ehh.. mane ade takut. Beta gagah perkasa lagi berani.” Buat muka macam Hang Keropok sedia untuk berperang.

“Ok, jom”

Alamak.. Think positif. 




















jangan lupa komen..

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

nk lg....
best2....=)

IVORYGINGER berkata...

hahaha... kelakar la awatif. boleh plak percaya bulat2 kelentong adik dia. ahaks...
continue pls. mesti best gila ceta ni. ;D

aFaiSh berkata...

kikikikikiki
aduh... lawak! bestnyaa

yoyo berkata...

best2

Tanpa Nama berkata...

salam..sihat? bz ea? bila nk update aku nikahkn engkau...da lama sy tggu...hope bole update..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template