Jumaat, 16 April 2010

hampeh part 14


“Suka tak duk kat sini?” senyumku melebar.


“Suka!!!” budak-budak ni memang comel.


“Akak pasang cerita tom and jerry. Sape nak tengok?”


“Saya!!” bergema suara mereka.


Ni lah hidup. Gembiranye ade ramai budak-budak kat sini. Tenang hati. Happy sangat. Belon yang aku belikan pun diorang suka. He3…


“Ok, tapi jangan bising sangat tau. Nanti mak cik garang kat luar tu marah, tak boleh dah tengok Tom and Jerry”


“Ok!!”


Aku memasang CD yang ku beli di mart kat bawah tadi. Aku culik budak-budak ni jap. He3. Mak ayah diorang pun tak kesah. Bilik ni besar sangat. Tak padan dengan aku sorang.


“Assalamualaikum..”


Macam pernah dengar suara ni. Tapi kat mane ye? Cleaner kat sini kot.

Aku terus membancuh milo yang ku sediakan untuk budak-budak tu. Nyam. Sedap.


“Masuklah, saya rasa pak cik tak payah la kemas bilik ni lagi. Kan pagi tadi dah mop” rajin pulak pak cik cleaner tu.


Dia diam sekejap.


“Saya nak tumpang tido kat sini lah. Boleh?”


“Err, pakcik takde rumah ke?” bila milo ni nak siap? Ish.


“Ade. Saje nak tido kat awk. He3.”


Apesal miang pak cik ni?

Aku keluar membawa milo.


“Awak?? Err.. Awak buat ape kat sini?”


“Jadi cleaner kot. Ha3.” Comelnye senyum.


“Perli la tu. Dah suara awak sebijik gan pak cik tu. Padan muka.” Aku buat muka.


“Awak sihat? Last saya jumpa awak, awak kena culik. Puas saya cari tau. Siap buat report polis lagi. Hari ni jumpa kat hospital pulak.. Ape dah jadi?” bulat matanya menyoal.


Tiba-tiba, rasa sedih plak. Sayu. Tapi tak leh bocor rahsia. Aku sayang family aku.


“Saje je masuk hospital. Boring duk rumah. Saya buat-buat nak bunuh diri. Nak terjun. Tapi tak jadi.” Muka selamber.


“Terjun bangunan ke? Nape buat gitu? Tak baik. Dosa.” Muka bersungguh.


“Tak lah. Terjun kolah je. Ha3.” Best gelak. Rindu nak ketawa. “Awak pulak buat ape kat sini? Menyamar jadi cleaner gatal tiba-tiba, apehal En Haris?”


“Awak culik anak saudara saya ape hal cik Ina?” dia menunjukkan budak comel bergaun ungu.


“Err, pinjam je lah.” Aku membalikkan mata.


Lama jugak kami berbual. Budak-budak tu pun khusyuk menonton Tom and Jerry. Rindu jugak aku pada si lesung pipit ni.


Pintu terbuka.


Malas nak tengok. Nak ambik anak la tu.


“Ina, ape dah jadi? Sape laki ni? Muka marah..


Alamak… Kioshi..!!


0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template