Khamis, 15 April 2010

Hampeh part 13


“Aku terkejut betul tengok kau pengsan. Tiba-tiba je. Rehat banyak-banyak tau.” Botak senyum.

Aku nak try senyum, Tapi tiba-tiba teringat ape yang jadi malam semalam. Sedih.. Aku menangis.

“Laa.. kenape pulak ni? Kau sihat. Jangan risau. Semalam tu kau letih je kot. Doktor cakap kau darah rendah. Tapi tak serius. Master tu risau sangat. Dia dukung kau semalam. Bawak gi hospital. Bertuah kau.” Botak senyum segaris.

“Haa?” dahiku berkerut..

“Master hantar kau kat hospital. Jaga kau sepanjang malam. Dia tak bagi pun orang lain masuk kat dalam ni. Dia baru je pergi. Waktu kau macam nak sedar tadi.”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Air mata menitik lagi.

Kenape la aku sedih sangat? Dah dia memang orang jahat. Ape nak pelik. Tapi kenape macam tak de perikemanusiaan langsung. Kejam. Aku rasa tak boleh nak terima semua ni. Macam mane kalau aku lari? Tapi aku takut ape-ape jadi kat family aku pulak. Diorang kan kejam giler!!!

Pintu terbuka. Kioshi..

Aku mengalihkan badanku. Tak ingin nak tengok muka dia. Jahat3!!!!

“Botak, keluar jap.” Botak angguk.

Ape kena dengan dia ni? Aduh. Seram gueh.

"Ina dah ok?” Kioshi memegang tanganku. Aku menarik kasar.

"Awk marah saya ey? Sebab semalam? “

Lagi baik aku diam. Memang pun!!! Kau kejam..

“Tak nak maafkan sy? You’re nice. I knew it. I shouldn’t do it in front of you.. I’m sorry..” suara sedih la konon.

“You shouldn’t do it at all!! Tak kesah la depan aku ke, belakang aku. Kau bunuh orang!! Kau jahat!!” aku tak pernah jerit macam tu.

“Ina, I’m sory. Awak akan paham jugak nanti. Tapi ni lah hidup saya. Saya tak buat camtu, orang buat camtu kat saya. Ina, awk je semangat saya. So plez jangan hilangkan semangat saya.” Dia duduk di tepi katil. Atas lantai.

“Forgive me..”

Aku memeluk lututku. Baju putihku dah dibasahi air mata. Aku dah tak mampu menahan esak. Geram. Semua ada.

“Kioshi, boleh tak awk keluar? Saya nak tidur.” Aku langsung tak memandang wajahnya.

‘Ok” sayu..

“Err, tudung gan baju awak semalam, sayadah ambik gan nurse. Nak basuh. Awak pakai tudung ni ye.” Dia meletakkan satu plastik di tepi katilku dan terus berlalu.

Aku berpaling melihatnya. Dia pakai baju melayu.. Potong rambut..

Aku membuka lipatan tudung itu. Pink.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boring la duk kat sini. Tak sakit pun kena duk hospital. Tapi, lagi baik dari duk kat bunglo tu.

Aku berjalan melalui bilik ke bilik.

Keciknye bilik diorang. Tak best. Ngadap dinding je. Aku dapat bilik besar. Tak aci betul.

Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak perempuan tersenyum padaku.

Alala, comelnye. Ha!!! Aku ade idea..!!!! Ha3.


Lupa dah pasal semalam….


0 comments:

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template