Rabu, 26 Mei 2010

Hampeh part 31




“Asrol, tolong jap.” Aku menarik baju Asrol.

“Awak nak buat ape kat saya ni? Saya teruna lagi tau. Aaa.. takut” Asrol lari kearah  dapur. Siap buat gaya maknyah lari.

Menyampah betul..

“Nak pinjam laptop la. Plezz.. Nak cari resepi tomyam”aku berbisik.

“Ooo.. nak resepi tomyam.” Dia sengaja menguatkan suara supaya mak dia dapat dengar. Giler jahat!

“Jangan la kuat-kuat. Tolong la..”aku buat muka sedih kuasa dua.

“Yelah. Pergi lah masuk dalam bilik saya. Jangan curi baju saya dah lah. Tak muat kat awak tu. “

“Tau lah..”

Aku masuk ke biliknya. Di luar jangkaan. Sangat bersih dan teratur. Baju disusun kemas. Takde bau hapak pun. Tiba-tiba aku terpaku dan terkeras. Pen teddy bear pink yang aku berikan waktu aku form 3 dulu masih ada. Elok lagi. Puting susu baby yang kuberi juga dia gunakan. Buat key chain kunci kereta. Memang giler aku bagi bende tu. Di atas mejanya terdapat satu frame. Ade gambar aku dan dia. Aku jadi speechless.. tapi agak nak ketawa.He3.

Aku membuka laptopnya. Gambar mak dia di depan sekali.

“Saya nak cari duit nak beli rumah besar untuk mak. Lepas tu baru saya nak kumpul duit nak kawin dengan awak”

Aku masih ingat lagi ayat dia tu..  Dia janji dengan aku. Tapi sekarang, entahlah..

Aku mencari resepi tomyam. Macamm-macam ade. Ade yang simple sangat. Macam tak sedap je. Tapi, dah tak banyak masa. Mak cik nab tengah tidur. Letih di kebun. Baik aku masak cepat..

Aku pun memilih satu resepi dan menyalinnya. Satu kerja lagi.Ish3. Aku pun mula memasak sambil diperhatikan oleh tuan putera hantulipo. Mula-mula, dia ok lagi. Lama-lama, dahinya berkedut. Muka jadi makin masam.

“Awak buat ape kat ayam tu?”

“Ayam tu keras lagi. Baru keluar dari peti sejuk. Saya rendam lah dalam air panas. Kenapa?” dahiku berkerut.

“Ya Allah. Kalau rendam dalam air panas, masak lah dia dalam tu. Jadi tak elok isi dia. Tak sempat nak masak dah hancur. Aduh..” dia bangun dan menguruskan ayam itu.

Pergi lah selamatkan ayam tu.. Dah nak mati.. Tolong…..ha3

Aku memotong pula bawang besar. Kalau ikut dalam resepi, kena potong dadu. Susah tu. Bagi aku la. Aku pun memotong bawang itu besar-besar.

“Jangan la potong macam tu. Tak sedap la. Meh sini biar saya buat.” Asrol mengambil pisau dari tanganku. Dia buat muka gaya cuka.

Eleh, tau la dia tu power buat tomyam. Mak cik Nab pun pandai buat tomyam. Saje suruh aku. Jeng3.. Aku ade idea. He3

Aku mengambil pula tomato. Aku saje-saje buat potong macam tak reti.

“Aduh.. sakitnya.” Buat-buat kena pisau.

“Ish budak ni. Elok-elok la sikit. Dah la. Tak payah buat dah. Tinggal je. Biar saya masak. Awak gi duduk depan pintu. Kalau mak saya datang, bagi tau saya.” Asrol memuncungkan mulut.

Ha3. Yes.. Tak payah masak.

Aku hanya tersenyum. “Kenapa awak baik hari ni?”

“Saya baik sokmo la. Saya kesian kat awak je. Nanti mak saya reject awak terus. Tak best la gitu.” Dia terus memasak.

“Kalau mak awak reject saya pun, jadi ape?”

“Susah la saya nak buat awak jadi menantu dia. Ha3. Tak nak ke?” dia tersenyum mengusik.

“Koya la..”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Em.. sedap jugak Ina masak tomyam. Tapi rasa macam sama dengan mak cik masak.” Mak Cik Nab menambah nasi di dalam pinggan.

“Masa mak cik tidur tadi, saya pinjam memori mak cik kejap. Curi resepi. He2. Mak cik, boleh tak saya nak berniaga kat sini?”

“Ina nak berniaga ape?”

“Ingat nak buat roti dan spageti. Nak buat dalam bungkusan. Kiranya, kalau orang nak beli, beli yang sejuk beku. Balik rumah panaskan sendiri bila nak makan. Ok tak?”

“Spageti tu ape bendanya?” berkerut dahi Mak Cik Nab.

“Spageti tu macam karipap.” Asrol menyampuk. Dia baru balik dari surau. Dia mengambil kerusi dan duduk di sebelahku di meja makan.

“Elok la tu. Baru balik surau, menipu mak.” Aku menjeing.

“Tak tipu. Gurau je. Ha3”

“Tak payah peduli kat dia. Ina ade modal ke?”

“Ade lah sikit. Lagi pun saya boring la duduk je. Boleh ye mak cik…”aku mengenyit mata.

“Yelah. Tapi mak cik tak dapat tolong la. Mak cik tak reti.”

“Thank you, Mak Cik Nab.”

“Ina, Hashim telefon tadi. Dia masuk hospital. Kena tembak kat kaki.”memberitahu dengan selambe.

“Ya Allah…” bagai nak luruh hati aku.







3 comments:

DiNieezyANe berkata...

hoi hoii
semakin seronok.
haha

Writer berkata...

dia worry sal master ke?
hehehe...

SHAHREE berkata...

aaaaaaaaa,nk ina ngn master tk nk ngn asrol..plezzzzzzzzzzzzz

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template