Rabu, 26 Mei 2010

Hampeh part 32




“Terima kasih ye. Datang lagi.” Aku menghulur barang yang di beli kepada pelanggan.

“Adik, adik ni anak saudara Nab ke?” seorang mak cik pertengahan umur bertanya.

“Tak lah. Saya tumpang je kat sini. Kawan Asrol”aku tersenyum.

“Berani ye ustaz tu bawak perempuan balik rumah dia. Tak takut orang kampung mengata ke?” pedas pulak mulut mak cik ni.


“Saya tak lama kat sini. Tak lama lagi dah nak balik rumah. Mak cik nak ape? Spageti?” baik aku ubah topik.

“Spageti satu, roti tu ambil 2 plastik la. Buat goreng untuk anak-anak. Dah berapa lama duk kat sini?” sempat lagi dia bertanya.

“2 minggu. Ni dia mak cik. 7 ringgit setengah.” Aku dah mencuka. Buat-buat senyum.

“Beli ye..”

Mak cik tu bukan orang pertama yang bertanya. Dah ramai. Aku baru bukak gerai tu 3 hari. Tapi dah ramai pelanggan. Bagus la. Yang tak bagusnya, mat-mat motor pun datang singgah ‘ambik angin’. Sebenarnya, tu pondok orang kampung jual durian. Sekarang bukan musim durian. Dapat kat aku, jadi warung spageti. Lantak la. Diorang kata, sedap.. he3.

Tak lama lagi, aku dah nak balik rumah. InsyaAllah. Duit ni untuk bayar sewa aku duduk kat sini. Walaupun Mak Cik Nab tak mintak, aku rasa tak sedap duduk free je. Tapi aku tak bagi tau dia lagi.

Kioshi dah sembuh. Kena tembak kat kaki hari tu. Bengkak mata aku menangis. Aku takut ape-ape jadi kat dia. Aku dah jatuh cinta? Maybe. He3. Jangan bagi tau orang lain!!!!!

“Ehmm.. kuat mengelamun.” Suara si hantu yang tak reti bagi salam.

“Waalaikum salam. Cik ustaz hantulipo nak beli ape?” aku membulatkan mata.

“Jangan la buat gaya mata burung hantu tu. Takut saya. Nak beli cik Ina boleh? Berapa ringgit” dia mengeluarkan dompet.

Aku memandang kanan kiri. Takde orang. Aku mengambil selipar di kaki dan mengejar Asrol. 

Nak ketuk jugak dia!!

“Aaa!!!  Lari!! Raksasa hijau mata bulat kejar. Takutnye.. Ha3” dia mengejekku sambil berlari.

Duit ade dalam poketku. Jadi tak kesah la tinggalkan  warung kejap. Aku mengejarnya sampai ke sawah. Dia melalui lorong kecil antara sawah. Aku try lalu jugak. Tapi tiba-tiba terjatuh. Dush..

Aku terduduk. Tiba-tiba aku merasa sesuatu di bawah kainku. Bergerak-gerak.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!” kuat giler aku jerit.

Asrol mengangkatku. “Kenapa?”

“Ade bende. Rasa. Bergerak.” Aku dah jadi orang gagap.

Asrol menarik sedikit kain ku. “Tak de ape lah. Lintah.  3 ekor je.”

Aku rasa macam nak pengsan. Tiba-tiba aku menangis. “Buangla..”

Asrol tersenyum. Dia ke rumah dan mengambil kertas dan mancis. Dia membakar kertas itu dan menghalakan kearah lintah. Jatuhlah lintah tu sekor-sekor. Lama jugak..

“Lintah jahat. Bwek.  Padan muka.  Lemas la tu. Mati lah kau.. ha3” aku buat ketawa jahat.

“Awak ni.. Nangis macam budak. Tu duit dah basah. Biar saya jaga kedai awak. Gi masuk, mandi. Busuk”

Aku mengetuknya dengan selipar.

“Dapat pun. He3” aku ketawa gatal usus.

Kami berjalan kearah warung. Ramai orang seperti sedang mengintai-ngintai.

“Korang buat ape dalam sawah tu sampai basah-basah.” tanya seorang pak cik. Dahinya berkedut.

Kami saling berpandangan.

“Nak jawab ape?” Asrol angkat dahi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




“Doktor, macam mane dengan Ina? Dia sihat? Ke ade  sakit ape-ape?” Asrol dah risau.

“Jangan risau Encik Asrol. Tahniah. Awak akan jadi ayah. Ina mengandung 2 bulan.” Doktor itu tersenyum.

“Alhamdulillah. Terima kasih doktor” Asrol memeluk Doktor itu. Dia tersenyum lebar.

“Bestnye jadi ayah. Tapi, bila masa aku dengan Ina buat baby? Hmm.. Pelik tu. “ dia berjalan lagi.

“Bila masa pulak aku kawin dengan Ina? Pelik pelik pelik. Klinik ni pun nampak pelik. Doktor pun pelik. Takde hidung. Aku dah paham!!  Aku mimpi!!” Asrol membuka mata. Dia berpeluh.

“Nasib baik bukan betul-betul. Kalau tak, mati aku nak jawab  dengan mak.” Dia bangun dan mengambil air wuduk.

“Tapi, kalau betul, best jugak. Kawin dengan Ina ku..”




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




“Ina! Asrol! Sini kejap.” Mak cik Nab baru balik dari kedai.

“Ye Mak”

“Ye Mak Cik”

“Duduk jap” muka dia serius giler. Rasa macam nak terkencing dalam kain.

“Kamu berdua ade buat pelik-pelik ke?”

“Man tak de. Ina ni memang selalu pelik” Asrol menjawab selamber.

“Man, serius!” kena marah dengan mak.

Padan muka.

“Takde mak cik. Kami kawan biase-biase je” aku jawab dengan bersungguh.

Ni mesti kerja pak cik kat kedai tu. Hari tu dah kantoikan kami, tanya pelik-pelik.

“Mak cik bukan ape. Panas telinga dengar orang mengata. Asrol dah lah ustaz. Mengajar anak orang. Walaupun mak cik selalu tengok kamu berdua, tak nampak ape pun yang pelik. Tapi mulut orang tak boleh nak tutup. Diorang ade hak nak kata kalau nampak macam tak elok.”

Kami berdua tunduk macam dalam kandang pesalah. Khusyuk mendengar.

“Mak cik mintak, kamu berdua hormat keputusan mak cik ni. Boleh?” dia memandang kami bagai hakim nak bagi hukuman.

“Ye mak cik”

“Ape dia mak?”

“Ina boleh duduk kat sini lagi seminggu. Kalau lebih dari seminggu, si Hashim tu tak datang jugak, korang kawin”

“Kawin?!” aku dan Asrol serentak berpandangan. Aku terkencing jugak. Sikit.. Aduh..












Jangan lupa komen..

2 comments:

zahra berkata...

ala...nak lg2...kioshi cepat la dtg..huhuhu...

Writer berkata...

ntah...
mnymph dgn asrol 2...
mna kioshi nie?
cepat ar...

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template