Rabu, 8 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 5



“Banyak sangat la Darwisy…” aku mengerutkan dahi. Ditanganku terdapat banyak paper bag. Penuh dengan 
baju. Kaki shopping betul budak ni.

“Takpe. Boleh pakai lama. Ade ape-ape lagi tak yang awak nak beli?”

“Ade. Tapi awak tunggu dalam kereta je lah. Saya pergi sorang.”

“Bahaya la cik Adlina. Nak ikut jugak.” Dia menarik tangan aku. “Kanan ke kiri?”

“Awisy.. Lepas la..” aku menarik-narik tanganku. Rimas la. Suka hati paru-paru jantung kau je!

“Ish.. jangan panggil gitu. Macam baby.” Dia membesarkan mata.

Sedap cakap aku ikan lolong mata besar. Dia tu mata ikan paus. Lagi besar.

“Awisy.. Awisy.. Awisy..” aku buat suara mengejek. Ha3. Tau pun malu.

“Malas la duk ngan awak. Baik saya gi minum kopi.” Dia melepaskan tanganku.

“Tunggu dalam kereta tau. Nanti saya call” aku berjalan cepat meninggalkan dia. Baru lah senang macam ni. Yeah!!

Aku masuk ke satu kedai di dalam shopping complex tersebut. Mencari baby kepada sang baju dan bayi kepada sang seluar. Hihihi.

“Lama tak beli.” Aku membeli beberapa helai baju dalam dan seluar dalam. Semua hitam. Kotor tak nampak.

Mujur Darwisy tak ikut. Kalau tak, malu la…Tapi kan, lawak la. Aku je suka panggil dia Darwisy. Orang lain panggil Hamdi. Dia je panggil aku Adlina. Ibu ayah panggil Watif. Kawan panggil Adli.

Aku membelek2 pula baju gaun yang ada di situ. Evening dress. Prom dress. Tiba-tiba mataku bersinar. Ting!!!!

“Cantiknya!!! Nak beli” aku memilih beberapa helai baju.

Memang cantik. Tapi sure tak boleh pakai kat luar rumah. Tak tutup aurat. Seksi. Aku selalu pakai di dalam bilik je. Kat asrama, kawan2 memang dah tau aku macam tu. Memang nampak pelik. Tapi, aku suka. Glittering.

“Cik tak nak try dulu?” seorang budak casher bertanya.

“Tak nak lah.” Aku mengangkat 6 helai baju. “Kira ye dik”

Dulu, aku pernah buat perangai try baju gini. Tapi kawan2 cakap, bahaya. Diorang ada kamera. Aku kalau dah try, try betul2. Buang baju asal. Sarung yang baru. Sekarang dah tau, elakkan free show!!

“Kalau Darwisy tengok ni, mampus aku..” aku berbisik perlahan.

“Ok je saya tengok. Cantik. Nanti boleh kita dance berdua” Tiba-tiba Hamdi muncul. Tah datang dari mana. Awan terbang agaknya. Nak cabut usus aku. Terkejut..

“Kenape awak datang?!!” muka dah kalah badut sarkas.

“Saje, tengok bini buat ape. Berapa semua ni dik?” dia mengeluarkan dompet.

“Dua ratus ringgit, lima puluh lima sen”

“Tak payah la. Saya bayar.” Aku mengeluarkan duitku. “Seratus, dua ratus, empat puluh sen.. err.. kejap ey.” Itu sahaja duit yang aku ada. “Err.. tak cukup lah dik. Yang ungu tu cancel lah.”

“Ni duitnya.” Hamdi membayar semua sekali. “Baki bagi dia.” Hamdi menunjukkan ke arahku dan mengambil paper bag berisi baju tersebut.

Aku hanya menurut. Takut dia marah. Sampai di kereta, dia tersenyum.. “Bawak pergi Australia ey.. Boleh kita dating. Hahaha..”

“Bwek………” aku mencebik.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



“Ibu, ayah. Watif pergi dulu..” aku bersalam dengan ibu ayahku. Sebak je rasa.

“Jaga diri tu. Nanti kenduri kat sana, InsyaAllah ibu datang awal sikit.” Ibuku lebih tenang.

“Hamdi, jaga Watif elok-elok tau. Cepat-cepat dapat anak ye” Ayahku mengesat tangis. Memang selalu sensitive.

“InsyaAllah, ayah.” Dia bersalaman dengan ayahku. “Ayah pun, semoga dapat baby baru jugak.” Dia tersenyum menyakat.

“Amin” ayahku menadah tangan.

“Awak jangan nak mengarut.” Ibuku mencubit.

“Laa.. ape salahnye. Lepas ni kita masuk bilik la.” Ayahku mula tersenyum. Menyakat ibuku.

“Ehem ehem. Kanak-kanak bawah umur ade kat sini ye” adikku Lokman menyampuk. Kami semua tergelak.

“Oii, kambing. Jangan lupa aku tau.” Sedap je Lokman panggil aku kambing.

“Bwekk.. nak lupa jugak.” Aku menjelir lidah.

“Kami bertolak dulu ye. Assalamualaikum” Hamdi memulakan langkah.

“Waalaikumsalam. Sampai, telefon ye” ibuku berpesan.

“InsyaAllah..”

Ya Allah, kuatkan aku untuk berada di tempat yang asing buatku dan jauh dari keluarga yang ku sayang. Kurniakanlah Kami kebahagiaan dan cambahkanlah cinta dalam hatiku untuk suamiku ini. Amin…

Hamdi memberhentikan kereta. Traffic light merah. Dia menyapu air mataku dengan tangannya.


“Bila kau merasa kesunyian
Mungkin aku ada
Dan mungkin aku tak dapat merubat kesunyianmu.
Tapi..Dia ada
Tak pernah meninggalkanmu sendiri”

Indah kata-katanya. Aku tersandar. Makin pilu sebak di dada.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam. Haa.. sampai dah pun anak ummi. Masuk lah, ummi dah masak special untuk Darwisy. Green spaghetti chicken.” Ummi memeluk Darwisy.

“Wah.. sedap tu. Dah lah tengah lapar ni.” Hamdi meluru ke ruang makan.

Aku menghulur tangan untuk bersalam. “Ummi..”

Ummi tidak menyambut. “Ummm.. sorry I dah mandi. Nanti busuk pulak. Anyway, kat rumah ni takde makanan kampung. So, you makan je lah ape yang ade ye. Nanti lapar pulak.”

Aku terkedu seketika. Aku cuba untuk menahan supaya air mataku tidak tumpah. Hamdi memandang ke arahku.

“Ummi, kami masuk bilik dulu ye. Nanti lepas mandi baru kami turun makan.” Hamdi menarik lenganku. Aku hanya menurut.

“Ok darling. Tapi jangan lama sangat. Miss you so much already.” Ummi bersuara dari dapur.

Aku belum pernah berjumpa ummi. Waktu kami kawin, khabarnya ummi tak sihat. Tak datang.

Hamdi menutup pintu. “Adlina, awak jangan ambil hati ye.”

“Hmm..” hati ku dah hancur.

“Sory sangat”

“ Hmm. Nak mandi” aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

“Awak…………..”

green spaghetti chicken 




jangan lupa komen









ADDition.. My favoRIte drESs...
untuk pakai sorang2. hihihi
elok je kalau takat pakai depan suami.








4 comments:

miz ruha berkata...

suke2,,,

pipvz devil berkata...

bez..i like..nympah dpt mrtue mcm 2..kerek nk mampusss..yehhh dress kaler oren kalu pkai kompom nmpk mcm aym je..bbulu2 bgai..xgatal ke pkai mcm 2 ek wakahkahkah...

~cik tiram~ berkata...

uwaaa cian nye adlina..:(

fasha faris berkata...

camne ek si darwisy tu leh kenal awatif & camne drg boleh kawen? pelik sbb mak awisy tak suka.. FF pun suka pakai dress ala2 princess kat umah.. hehehe.. bkn main lg bgaya lam umah tp kat luar umah xleh la sbb dress xcukup syarat.. he3..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template