Sabtu, 11 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 6




“Ade ape-ape lagi tak yang tertinggal” Hamdi memandang wajahku.

“Tak de kot. Tak nak bawak air masak ke? Nanti dahaga pulak.”

“Ala, kejap je. Beli kat airport je. Jom masuk dalam kereta. Pak cik Wan, tolong angkat beg ni. Kejap lagi 
hantar kitorang ke airport ye.” Hamdi member isyarat kepada Pak cik Wan yang sedang bersandar di tiang.

“Ok Encik Hamdi.”

“Kita tak salam ummi dulu ke?”

“Tak payah. Nanti ummi pelik pulak.Dah selalu naik flight”



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Darwisy, saya takut la” muka ku jelas pucat. Tak pernah naik kapal terbang.

“Saya kan ade. Tak payah takut la. Baca doa naik kenderaan, tawakkal. Kalau nak mati, kat mane-mane pun boleh mati. Allah dah tetapkan. Kalau takut, peluk abang.” Hamdi tersenyum mengusik.

“Bwek, tak nak. Nak peluk tingkap” aku mengelip-ngelipkan mataku.

“Ish.. jangan buat macam tu. Nanti ade orang berkenan kat mata awak. Sedar-sedar, hilang mata senbelah.” Dia membuat muka serius sambil menelan air liur.

Aku mencubit tangan Hamdi. Suka sangat buat orang takut.. Eeee.. Jahat!

“Semua penumpang diminta untuk memasang tali pinggang keselamatan dan mematikan telefon bimbit masing-masing. Kapal terbang akan memulakan perjalanan lima minit dari sekarang”

Aku memasang tali pinggang keselamatan dengan teliti. Mataku penuh semangat. Seperti askar mahu berjuang. Fighting!!!

Tiba-tiba, kapal terbang bergerak. Makin lama makin laju. Mukaku bertambah pucat. Aku cuba bertahan. Selawat tanpa henti. Lama kelamaan aku makin tenang.

“Huh.. Darwisy…… saya rasa nak muntah.” Aku mula mual.

“Aik?? Saya tak buat ape-ape lagi awak dah mula mual. Baik awak cakap kat saya, ni anak sape?” nadanya 
sikit pun tak serius. Siap senyum lagi.

Budak ni, nak kena ni. Ikut sedap mulut dia je.

“Jangan nak buat lawak la. Saya nak muntah betul-betul ni. Bulk..” aku dah mula rasa sesuatu akan keluar.

“Eh Adlina, jangan la” dia menutup mulutku dengan tangannya. Amat kemas.

Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi dia langsung tak de perasaan. Tiba-tiba, masanya telah tiba..

“Bwek….” Aku termuntah.

Hamdi cepat-cepat mengangkat kepalaku keatas. “Elmp…” Ia masuk kembali. Yaks….!! Aku menarik tangannya dengan kuat. Tiba-tiba, air mataku meleleh.

“Muntah tu dah masuk balik..” aku berpaling kearah lain. Tak mahu melihat mukanya. Jahat!! Cruel!! Ibu.. Ayah.. Hwaaa….

“Adlina, sorry la. Meh nimum air ni” dia menghulur sebotol kecil air mineral. Aku tidak menyambut. 
Merajuk!!

“Nanti awak minum ye. Jangan macam ni. Maaf la.” Muka Hamdi pula pucat.

One thing I like about this guy, he know how to apologize. Cair hati aku.

Aku mengambil air tersebut dan meneguknya perlahan. Kemudian ku keluarkan ubat tahan muntah dari begku. Banyak giler. Aku hanya menelan sebiji.

“Ubat ape tu? Kenapa banyak sangat?” Hamdi menjenguk.

“Ubat tahan muntah. Nak jual kat sape-sape dalam kapal terbang ni yang nak termuntah. Sebab tu beli banyak” dingin aku menjawab. Tapi ikhlas.

Hamdi tergelak kecil di belakang aku. Mujur aku tak perasan. Lepas tu, aku dah mula mengantuk. Selang beberapa minit, aku sudah tertidur.

Hamdi memandangku dari dekat. Perlahan-lahan, dia memeluk tubuhku. “Sorry ye sayang. Abang memang sengaja. Tapi tak tau nak jadi macam tu. Jangan nangis-nangis ye. Sedih abang tengok.” Dia berbisik perlahan. Malangnya, aku tak dengar.

Tiba-tiba, mulutku mengeluarkan suara. “Ubat tahan muntah, Jual-jual. Sape nak beli? Ubat tahan muntah” 
aku mengigau.

Hamdi terkejut. Dia takut aku tersedar dia memelukku. Tiba-tiba dia perasan aku sedang mangigau. Orang sekeliling mula memandangku. Hamdi panik. Dia tak sanggup lagi menutup mulutku dengan tangan. Dengan pantas dia menutup mulutku ……….dengan bibirnya. Suaraku tak lagi kedengaran.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Kita nak pergi hotel mane ni?” aku memandang sekeliling. Cantik..

“Tak sure lagi. Nak cari hotel murah je. Jom” dia mengangakat begku yang besar dan aku mengangkat begnya yang kecil.

“Awak bawak binatang ape dalam ni? Beratnye..” Hamdi mengerutkan dahi memandangku.

“Gajah. Biar saya angkat sendiri la.” Aku ingin menarik beg itu tetapi ditepis olehnya.

“Gajah tu jantan. Bahaya. Dengan saya, dia takut.” Dia berjalan meninggalkan aku.

“Eleh..” aku mencebik.

Kami melalui banyak kawasan dan memasuki banyak hotel. Aku pun tak tau ape yang si Hamdi ni nak sebenarnya. Hotel mahal-mahal banyak. Dia tak nak. Bukannya tak de duit. Tah la..

Tiba di satu bangunan, kami masuk. George Street Private Hotel. Tempatnya tak begitu cantik. Tapi ok lah. Hamdi berurusan di kaunter. Aku hanya menunggu.

“Ok, jom masuk” Hamdi memberi isyarat.

Aku hanya menurut. Kami masuk ke satu bilik. Mataku terbuka besar. “Awak..”

“Ye..”

“Kita tersalah bilik kot. Bilik ni ade satu je katil. Single pulak tu. Mane muat”

“Tak salah la. Memang saya pilih bilik ni. Dulu waktu belajar kat sini pun, saya pernah duduk kat sini.” Dia mengangkat semua beg masuk ke dalam bilik. Aku masih terpaku di pintu.

“Tukar la bilik lain..” muka ku dah sedih.

“Ingat tak ibu ayah awak pesan ape? Cepat-cepat dapat anak. Kalau tak buat macam ni, macam mane nak dapat anak. Usaha pun tak de.” Dia menarikku masuk ke dalam bilik. Aku terdiam.

Hamdi memandangku tepat. “Saya tau la awak benci saya, tapi at lease kita kena try dulu...”

“Saya tak benci awak pun” aku memandangnya kembali.





6 comments:

miz ruha berkata...

suke2,,,

itu_aku +_^ berkata...

nk lg
nk lg
nk lg
nk lg
:)

Nurul A'in berkata...

i like~~~~ hehe.. sila smbung.. ^^,

cik.seri berkata...

gile berterus terang hamdi nih...sengal..hahaha

Sya Ecah berkata...

so sweettt..
like-2...

fasha faris berkata...

erkk!!! grossy bila teringat part yg telan balik muntah tu.. yukkss... ha3.. tapi sweetnya si dia.. he3.. suka dgn bahasa & gaya penulisan cik writer yg sempoi... thumbs up!

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template