Isnin, 20 Jun 2011

aku nikahkan engkau part 9






“Hmmm.. Anak dara. Bangun laaaaaa………” Hamdi mengais-ngais hidungku dengan tisu yang digulung. Rasa gatal je dibuatnye..

“Jangan la. Gatal hidung. Nanti bersin baru tau” aku menolak perlahan. Mata masih terpejam. Arghh.. liat pulak rasa nak bangun.

“Gatal? Ish awak ni. Pagi-pagi baru nak menggatal. Semalam tak nak.” Dia tergelak-gelak perlahan.

Aku membuka mata. Tenung mukanya lama-lama. Mata tak berkedip. Hamdi pun buat muka serius. Pandang tepat di mukaku.

Tiba-tiba Hamdi menjerkah mataku dengan jarinya. Mataku berkedip. “Haa.. Kalah dah. Mata berkedip”

“Bila pulak saya lawan mata dengan awak? Malas la layan. Baik saya pergi mandi.” Aku bangun dan mencapai tuala ku di kerusi.

“Nak ikut”

“Tak payah”



```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


“Wah.. sedapnye..” aku mencapai cawan polisterin berisi kopi panas.

“Elok-elok. Panas tu.” Hamdi meletakkan bungkusan roti di atas ribaku.

“Cawan kosong tu nak buat ape?”

“Kopi ni kan panas. Kita buat kopi tarik la. Baru cepat sejuk. Meh sini kopi awak.” Lebar senyumnya.
Alala sweet.

Hamdi berdiri dan memulakan ‘cabaran tarik F&N’. Sikit pun tak tumpah. Kanan, kiri. Panjang tariknya.. Boleh tahan.

“Bila dapat minum ni?” aku mencebik. Sebenarnya aku segan melihat orang sekeliling sedang memerhatikan kami.

“Sikit lagi.” Tuangan terakhir. “Kopi tarik satu siap” dia menghulur kopi kepadaku.

Tepukan gemuruh kedengaran. Hamdi kelihatan terkejut tapi dia terus melemparkan senyuman sweetnya kepada mat salleh- mat salleh tersebut.

“Thank you, thank you..”

“Amboi..” aku menjeling.

“Jeles lah tu..”


Makan di bangku kecil itu nyaman sekali. Rasanya, inilah sarapan paling indah pernah aku rasai. Melihat kehijauan alam. Damai.. Tapi lepas kena paksa jogging 2 kilometer la.. Hmm. Takpe. Hilang letih.

“Hamdi, awak selalu ke datang kat sini dulu?”

“Hmm.. boleh la.”

“Waaa.. bestnye.”

“Tah lah..”

“Awak ni kenape? Marah kat saya ke?”

Hamdi tergelak kecil. “Tak de lah.”


Kami sama-sama membisu buat seketika. Hatiku rasa risau je.. Ape yang tak kena pulak ni?

“Adlina, awak minat parkour tak?”

“Takde lah minat sangat. Suka tengok aksi diorang je. Especially Corey Gransbery. Comel je. Kenape?”

“Takde ape”

Aku merenung Hamdi. Ada sesuatu yang tersimpan di hatinya..

“Taman ni… Tempat kitorang berlatih parkour. Selalunya..”

Mulutku ternganga luas. Mataku mencapai tahap keluasan mata ikan. “Awak pandai parkour?”

Hamdi ketawa kuat melihat riaksiku. “Awak ni kan, teruk betul. Saya pandai sikit-sikit je lah”

“Awak belajar kat mane? Macam mane boleh join parkour tu? Eee.. jelesnye..” aku memuncungkan mulut.

“Ala, bukan masuk persatuan ape pun. Dengan kawan-kawan je. Tapi tak la teruk. Ade standard jugak lah.” 
Dia memandang ketanah. Nada yang tak happy.

“Awak tak suka ke?” aku dah jadi makin risau. Ish rimas la orang main rahsia-rahsia macam ni..

“Tahun pertama dan kedua saya duk kat sini, saya baik je. Hmm.. Budak baik yang rajin study, rajin gi solat jemaah. Tahun ketiga baru saya join diorang. Sebab tu jadi jahat macam tu sekali” dia masih tunduk memandang tanah.

“Awak tak jahat pun..” dahiku berkerut.

Hamdi tersenyum seketika. “Akhir tahun keempat, saya dah sedar balik. Saya usaha nak bagi jadi baik walaupun join geng diorang. Tapi iman saya tak kuat. Last sekali, saya buat keputusan tak nak join diorang dah. Selamanya. Then, baru la saya boleh jadi baik sikit. Saya balik Malaysia macam saya yang pergi mula-mula dulu.” Hamdi member senyuman segaris.

“Ape yang jahat sangat? Awak pukul orang?” aku masih tak faham. Aiya….

“Diorang memang suka pukul orang. Sampai polis pun takut kadang-kadang. Saya tak la sampai macam tu. Tengok dari jauh je. Tapi saya sangat zalim…. Saya tak solat. Clubbing. Terikut-ikut sangat. Huh…….” Nafasnya dilepaskan perlahan. Keluhan satu penyesalan.

“Err.. tu memang agak teruk. Hmm. Takpelah. Sekarang awak dah sedar kan..” aku menepuk bahu Hamdi.

“Satu lagi.. err… tapi awak jangan marah tau..” Hamdi buat muka kesian ala-ala puss in boots.

“InsyaAllah..Kisah silam. Buat ape nak marah.”

“Saya.. errr… dulu la. Time saya jahat-jahat dulu. Saya selalu tidur dengan kekasih saya. Saya tau tu dosa, tapi… hmmm… tah lah.”

Aku sangat terkedu tak tau nak ngomong apa sih..

“Nama dia.. David. Michael David.”

“Lelaki?.…”



parkour park...new







6 comments:

Tanpa Nama berkata...

erk!gay ker...lama nye MIA!..

Tanpa Nama berkata...

arghhhhhhhh... apesal gay???

IVORYGINGER berkata...

ala apasal lagu ni. plz do correction plz. jgn la rosakkan peribadi Hamidi seteruk tu. camtu dia xlayak nk kahwin. silap2x ada HIV. cis sgt tak bmoral. xdpt nk respect. rosak keturunan.

syira mahazir berkata...

amaigaddd gay???

Tanpa Nama berkata...

akhirnya ceta ni muncul kembali...hehe..da la tunggu.cepat2 la ek sambung.

fasha faris berkata...

hah!!!!!!!!!! erkk betul ke ni? ke saje nak main2... u know saje nak test..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template