Dah seminggu aku kat sini. Tenang damai. Tak terucap rasa indah yang ada di hati. Terlalu indah. Walaupun jauh kat Malaysia ade macam-macam yang tak selesai lagi. Tapi, semuanya terasa ringan. Allah kan ada. Walaupun aku ni bukan la arif sangat pasal umrah haji ni, tapi keluarga Datin Salmiah ni memang baik hati. Banyak menolong aku. Mula-mula dulu, aku tak tau pun dia tu Datin. Dia yang suruh aku panggil dia mak cik. Bila orang traveller tu panggil dia Datin, baru aku perasan. Tapi dia memang merendah diri. 4 orang anak dia ikut sekali. Dua orang yang laki tu hafiz. Hampir sebaya denganku. Yang lain sekolah menengah. Kami semua bawah satu agensi. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Aku bangun dan melipat kainku sedikit. Nak balik ke hotel pula untuk mandi. Agak panas cuaca hari ni. Aku keluar dari pintu masjid tersebut dan mengeluarkan selipar dari dalam beg. Aku mengambil handphone ku. 2 mesej. Dari Datin.
“Ina, balik cepat.”
“Ina, ade panggilan telefon”
Mesti papa yang telefon.
Aku berlari-lari anak ke hotel. Tak jauh sangat. Abeer Garden Hotel lebih kurang 250 meter dari Masjidil Haram. Aku sanggup beli sim kad sana sebab nak telefon papa. 2 pulak tu. Satu lagi aku bagi kepada Datin. Supaya senang berhubung. Aku malas la nak mengekor dia 24 jam. Nak dekat dengan Allah, kena juga jarakkan hubungan dengan manusia sedikit.
Tiba-tiba, kakiku tersangkut kain. Aku jatuh. Lututku sakit. Aku cuba untuk bangun. Takut papa ade ape-ape hal penting.
“Ina, jalan la elok-elok.”
Aku menoleh. Jantungku bagai tercabut.
Kioshi..
“Jangan la tengok saya macam tu. Ni saya... Bukan hantu” dia tersenyum.
Orang kata, kat Mekah ni macam-macam pelik boleh jadi. Tah tah aku banyak sangat fikir pasal Kioshi tak. Sampai nampak macam dia.
Aku cuma tersenyum dan kembali berjalan. Kioshi menghampiriku dan mengetuk tanganku dengan botol air di lehernya.
“Balasan untuk orang sombong.” Dia menjeling.
“Kioshi.. awak ke?” mataku mula berair. Betul. Tu Kioshi. Dia nampak lain. Rambut sangat pendek. Berihram. Botol air di leher. Comel..
“Tak lah. Hantu. He3.” Senyumnya meluruhkan hatiku.
“Awak buat ape kat sini?” mulutku masih ternganga.
“Saya pun nak jugak buat umrah. Baru sekali datang sini. Lepas SPM dulu. Rindu rasanya. ” Dia hanya tunduk.
“Bila awak sampai?”
“Semalam. Saya duk kat sini 2 minggu je. Awak tiga minggu. Jadi, flight kita sama lah balik nanti.” Dia tersenyum kelat.
“Oo.. macam tu.” Aku tak tau kenapa aku macam speechless. Dalam hatiku, Allah je tau. Rasa macam nak melompat.
Kioshi. Awak hidup lagi!! Awak tak tau, saya macam nak mati rindu tunggu awak!!!! Awak datang jugak. Alhamdulillah..
“Saya bawak hajat jugak sebenarnya..” Kioshi memandangku tepat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Papa telefon kakak ke?”
“Ha ah. Kakak dah jumpa Hashim?”
“Dah..” suara ku ketar. Aku dapat agak ape yang akan papa cakap.
“Hmm.. baguslah. Dia ade cakap ape-ape?”
“Ade..”
“Papa tak kesah. Terpulang pada kakak. Papa izinkan.”
Aku terkedu. “Papa…”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun dah hampir 2 minggu aku bertemu Kioshi, kami masih jarang berjumpa. Kami tahu untuk menjaga batasan kami. Dia nampak tak secergas dulu. Tapi sentiasa tersenyum. Kioshi tak pernah bagi tau aku ape yang sebanarnya terjadi. Dia mahu bertaubat atas segala dosa dia selama ini. Allah tu Maha pengampun. InsyaAllah. Aku pun banyak dosa… Ya Allah, ampunkan aku.
Lusa, kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Sedih.. Memang sedih. Tapi, gembira jugak. Nak jumpa family. Sekarang ni pun aku sudah luar dari ihram.
“Ina.. dah siap ke?”
“Hmm.. tah lah Datin. Ok kot. Tapi, rasa takut pulak.” Aku cuba tersenyum.
“Tak payah la takut. Releks. Saya teman awak. Ni dah cantik macam ni. Ape nak risau?” Dia menggosok belakangku.
“Harap-harap, semuanya ok lah. Amin……….”
“Amin. Jom lah. Semua dah tunggu awak.’
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Aku terima nikahnya Harlina binti Ismail dengan mas kawinnya tiga ribu ringgit tunai.” Lancar Kioshi menyebut.
“Sah..”
“Sah..”
“Sah..”
“Alhamdulillah.”
Ustaz itu membacakan doa. Air mataku mengalir laju. Aku dah menjadi isteri orang. Walaupun berwali hakim. Di dalam Masjidil Nabawi. Itulah permintaan Kioshi padaku. Papa juga telah memberi izin. Terasa amat berat di dadaku.
Kioshi membaca akad dua kali. Kali pertama tu, dia tersilap sebut nama aku Harlina bin Ibrahim. Dah la salah nama bapak, bin pulak tu. Ha3.
Ustaz tersebut memberi sedikit ucapan sebagai panduan dan sumber kekuatan kami dalam berumah tangga. Mata Kioshi juga berair. Dia menangis. Kemudian, aku bersalaman dengannya dan mencium tangannya. Dia tersenyum padaku dan mengucup dahiku. Tak tau macam mana nak gambarkan. Perasaan yang amat indah..
Selesai solat isya’, kami dibawa ke sebuah hotel di Madinah. Hotel Fayroz Shatta. Lebih kurang 40 meter dari Masjidil Nabawi. Datin yang membayar harga sewa bilik hotel tersebut. Dia cakap, sebagai hadiah. Tempahan bilik pengantin. Bilik tersebut dihias dengan warna pink. Sama dengan baju jubahku dan baju melayu Kioshi. Baju pinjam dengan mahasiswa di sini. Biliknya luas dan cantik. Banyak bunga ros. Tapi katil sempit je gayanya.
“Kami pergi dulu ye. Ade ape-ape, telefon saya. Lusa, kita jumpa kat air port, InsyaAllah.” Datin Salmiah tersenyum dan menutup pintu.
Aku membuka tingkap balkoni bilik tersebut. Terasa indah angin malam. Sebenarnya, nak cover berdebar.
Kioshi menghampiriku dan menanggal tudungku. Dia memeluk pinggangku. “Sayang, abang rindu sangat kat sayang..”
Dia mencium rambut dan leherku..
“ Em.. wanginya.. Jangan la senyap macam ni kalau ye pun berdebar. Ha2” dia ketawa kuat.
Komen.. komen..komen...
6 comments:
wah...bestnya....dh nak hbs ke??huhuhu..
hohohoho....
sukenya...
kioshi kawen ngn lina.....
best2x...
yesssss...
kioshi kawen ngn lina.....
bessssssssh....huhuhu.
best sgt.....ade smbungan ag ke???
klau x ade pn crte ni dah best cham nii...huhuhuuuuhu
sy ska sgt...duk snyum sowg2 je dri td..
uhuhuhuhuhu :)
ahhhhhhhhhh....bestttt....ina kawin ngn kioshi...........skeeeee
kenapa ina x dduk kat hotel Royal Safwah ?? =) hotel baru tu ... dekat ajer dngn Masjidil Haram , kalu dduk tingkat atas sure bleh straight tngok Kaabah !! =)
Catat Ulasan