Jumaat, 28 Mei 2010

Hampeh part 34




“Papa, kakak nak pergi umrah ni. Esok pagi bertolak. Semua dah settle. Pergi dengan agensi travel.” Aku mula membuka niat sebenar aku menelefon papa. Dah hampir 10 minit kami berbual.

“Kenapa nak pergi tiba-tiba?”

“Tah lah. Rasa macam nak pergi sana. Papa izinkan ye..”

“Tapi, takkan pergi sorang kot? Dapat mane duit?” suara papa macam risau.

“Ade berapa orang lain lagi. Kakak tumpang sekali dengan family diorang. Duit ade. Jangan risau.” Suara ku sedih.

“Hmm, jaga diri tau. Berapa lama kat sana? Bila nak balik rumah?”

“InsyaAllah, 3 minggu kat sana. Lepas tu, kakak nak balik rumah. Jangan risau ye.”

“Ye lah. Sedih jugak papa. Ingat tu. Telefon papa tiap-tiap hari tau”

“InsyaAllah. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam..”



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Ina, maaf lah. Mak cik bukan nak halau Ina. Sebenarnya mak cik suka Ina jadi menantu mak cik. Ina dengan Asrol nampak sesuai.” Muka mak cik Nab nampak macam bersalah.

“Takpe lah mak cik. Ina faham. Tapi Ina rasa, ni yang terbaik buat masa ni. Mak cik jangan risau.”

“Jaga diri kat sana tu. Datang lah lagi rumah mak cik. Mak cik dah rasa macam Ina ni anak mak cik” dia mengesat air mata.

“InsyaAllah. Mak cik, kirim salam saya pada Asrol ye” Aku menjenguk lagi ke luar tingkap.

Merajuk lagi ke budak ni? Hmm..

“Ye lah. Jalan elok-elok”

“Ina pergi dulu ye mak cik.” Aku bersalaman dengan mak cik Nab dan pergi menaiki kereta family yang aku tumpang. Mereka baik sangat.

Bya mak cik. Bye Asrol…

Aku melambai dari jauh. Air mata menitik.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Masa penerbangan aku dah hampir tiba. Aku memeriksa barang-barangku. Pasport. Semua sudah ada.

Sudah banyak kali aku cuba menghubungi Kioshi. Tapi tak dapat. Selama ni pun, dia cuma menelefon ke talian rumah Asrol. Dia tak mau aku menghubunginya. Seminggu sekali, dia akan menelefon.


Ape dah jadi,  aku tak tau. Dia berperang ke? Aku langsung tak tau.Aku cuma berharap dia selamat. Tapi, hari ni, genap 2 minggu dia tak langsung menghubungiku. Aku tak sampai hati untuk menganggap dia dah mati. Tak mungkin aku fikir macam tu. Selagi aku tak nampak depan mata aku sendiri. Dalam hati aku, dia sentiasa ade. Gelak tawa dia sentiasa jadi teman aku bila aku sunyi.

Asrol? Dia merajuk dari semalam. Bila aku bagi tau aku nak ke Mekah. Aku tak tau ape yang dia marahkan. Mungkin dia kecik hati. Nampak sangat aku tak nak kawin dengan dia. Bukan aku tak nak. Tapi, Kioshi belum balik. Tapi, sampai bila aku nak tunggu Kioshi? Tu pun satu soalan yang aku tak tau nak jawab ape.

Selama aku dan Asrol bersama, kami selalu cakap pasal kawin. Padahal, aku muda sangat lagi. Baru habis matrik. Nak pakai baju warna ape kalau kawin nanti. Nak cari rumah yang ade tanah luas. Nak anak ramai. Aku yang pilih design untuk rumah banglo Asrol. Masih dalam pembinaan sekarang. Ingatkan  aku dapat jadi ‘madam’ rumah tu. Lucu je rasa. Tapi, kami selalu cakap pasal benda macam tu.

Hmm.. Asrol.. abang..maafkan Ina..

“Ina..”

Aku menoleh. Asrol…

Air mataku menitik. Hatiku macam digoncang kuat.

“Awak datang sini?”

“Ha ah.. saya nak hantar awak. Maaf la pasal semalam.  Saya takbetul sikit. Tapi, sekarang saya dah sedar. Betul awak cakap, tak de guna paksa orang untuk sayang kita. Dia akan makin jauh. Takpe. Saya akan sentiasa sayang awak. Sentiasa.. Awak dalam hati saya. Jalan elok-elok tau.” Dia tersenyum. Tak nampak langsung riak sedih.

“Saya yang patut mintak maaf. Saya mungkin janji kita selama ini” air mata aku jatuh lagi.

“Awak pergi buat umrah nak tengkan hati kan? Jangan fikir-fikir dah. Tak baik. Ikhlaskan hati. CaiyoK!!”

“Hmm.. ye..” aku menyapu air mata.

“Raksaksa hanglipo mata bulat! Jangan nangis! Tak lawa langsung. Dah lah mata bulat. Merah pulak tu. Ngeri tau tak. Nanti habis orang dalam kapal terbang tu turun. Tak jadi naik.” Sempat lagi dia buat-buat marah.

“Ye lah hantulipo. Jaga mak cik tau.”

Tiba-tiba, pengumuman tentang penerbangan kami dibuat. Aku hanya memandang Asrol. Hatiku dah sedikit tenang.

“Saya pergi dulu.  Nak pesan ape-ape?”

“Doakan saya. Biar dapat kawin tahun depan. Doa kat depan kaabah tau.” Dia tersenyum. Sikit pun tak nampak sedih.

“InsyaAllah.. Assalamualaikum.” Aku melangkah pergi. Tak sanggup lagi nak menoleh.

Rilek Ina. 3 minggu je.

“Waalaikumsalam. Bye..” air mata Asrol menitik juga. Berjaya dia sembunyikan di belakang aku..

Aku terus pergi. Makin jauh. Makin hilang dari pandangan..

“Ina.. abang sayang Ina. Jalan elok-elok..” Asrol berbisik sendiri.





Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada






Asrol berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba, handset dia berbunyi..

“Hello..”

“Asrol!!  Ina mane?  Aku kat depan rumah kau ni.. ”

“Hashim!!”


4 comments:

epy elina berkata...

hoohhoo....
hrp2 pas ina blik dr umrah...
ina thu mna satu nak plih...
ni brkaitan msa dpn dia...

zahra berkata...

arhggg!!!1tidak.....!
kioshi dah sampai.!!
ala..nk sambngn dy....huhuhu

dinieezyane berkata...

ntah2 dia kawen dgn org lain.
duadua melepas.
haha

Nurina Izzati berkata...

ala...
lmbt ar kioshi nie..
cpt ar kjr ina..
cam dlm drama babak sdey 2..
msti kat airport..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template