Jumaat, 19 Mac 2010

hampeh part 12





“Aku sebenarnye takut la duk kat sini. Korang baik la jugak. Tapi ganas-ganas. Lagi pun, aku takut dengan Master..” Main luah-meluah la pulak. Ha3. Tapi Botak ni macam tak de respon je.


“Oii, aku cakap sorang ke ni?” aku buat kening berlipat. Protes..


“Kau tak tau lagi kitorang macam mane. Aku sebenarnye rindu kat family aku. Anak aku muda sikit dari kau. Comel je dia. Aku tak nak dia jadi macam aku. Jahat sangat. Kau pun. Kau masih terjaga lagi. Kalau boleh, jangan la jadi macam kitorang ni. Dah tak boleh nak patah balik.” Panjang pulak dia menjawab. Tapi aku mula rasa sedih..


“Kenape kau tak gi jumpa family kau lagi? Cakap tadi, rindu..” baby face 1 saat.


Botak tunduk je..


“Aku ni jahat. Sape nak? Kau percaya tak, dulu aku ni kira usahawan berjaya la jugak. Satu hari, ade along datang mintak tanah tapak kedai makan aku tu. Sure aku tak bagi. Dia bakar kedai aku. Dah la hutang pun banyak lagi. Aku jadi macam tak betul waktu tu. Bini aku teruk aku pukul. Macam nak lepas geram. Anak laki aku halau aku. Anak perempuan aku benci kat aku. Master jumpa aku kat tepi jambatan. Aku nak terjun sebenarnya, tapi takut. Tah la.. ni janji aku dengan Master. Tiap-tiap bulan aku hantar duit kat diorang. Aku cakap aku kerja kedai kasut..” makin lama ayatnya makin perlahan. Kelopak air mula membening di matanya.


“Sabar ye. Aku tak tau pulak..” aku pun jadi sedih jugak..


“Kitorang semua ade cerita masing-masing. Tapi baik lupa je lah.” Kuat botak mengeluh.


“Ok.. dah3. Jangan sedih-sedih. Kita kan ade Allah. Allah tu baik sangat. Dia akan tolong hamba Dia yang mintak tolong dengan Dia.” Aku mengukir senyum..


“Kenapa Allah tak tolong pun aku dulu waktu aku susah?” tajam dia memandangku.


“Hehehe. Agaknye la, kalau kedai kau tak terbakar, agaknye ape jadi kat kau sekarang?”

“Mesti aku dapat hidup senang. Family aku pun tak benci kat aku.” Bersungguh dia menjawab.


“Kau tau mane? Tilik nasib? Hmm. Belum tentu ape yang kau tak suka tu tak baik. Tah-tah diorang planning nak bunuh family kau dulu. Lapas tu Allah tolong bagi diorang idea lain. Kita tak yau. Tapi Allah tau. “


“Tapi kenape Allah tak bagi diorang jadi baik ke?” tak menyerah kalah lagi.


“Dulu kau sembahyang tak?’ soalan cepu emas.


“Aku ade la sembahyang waktu muda-muda dulu. Lepas aku kerja, macam tak de masa dah pulak. Kenape?’


“Patut la Allah ambik balik kedai kau. Kau tak sembahyang sebab kedai tu rupanya.”


Botak memandangku tajam. Tak puas hati.


“Jangan marah.. gurau je. Sepanjang hidup kita ni, Allah bagi kita macam-macam dah. Kita tak mintak p

un dia bagi. Nak makan, dapat. Tak pernah pun kebulur melarat. Nak udara, Allah bagi sokmo. Tak mintak pun dengan Allah, nak oksigen dia. Orang selalu tolong kita, bila kita tak peduli pun kat dia, cakap terima kasih pun tak, agak-agak dia marah tak? Padahal, kalau 1 saat je Allah tak peduli kat kita, ape jadi? Nak gerak pun tak boleh. Sel-sel dah tak function. Mati la kita…” macam bagi ceramah je aku ni.


Botak diam. Berfikir..


“Kira nye aku dapat semua ni sebab aku banyak dosa la ye?”


“Mungkin ye, mungkin tak. Kalau kita selalu makan madu, tiap-tiap hari makan madu. Lama-lama kita dah tak rasa manis madu tu. Bila kadang-kadang madu tak de, racun je ade, baru kita tau betapa tinggi nilai madu tu. Nak je madu tu semula. Baru kita tau nak bersyukur kat Allah. Allah dah cakap, setiap kesusahan tu pasti ade kesenangan. Kita je yang tak nampak. Buta..” air mataku bergelinang. Aku pun banyak dosa.


Tiba-tiba, satu bunyi kuat terdengar dari tingkat bawah. Aku dan Botak cepat-cepat mengintai. Amir mengheret seorang lelaki yang tak ku kenali ke dalam rumah. Master berdiri tegak, memandangnya dengan bengis.


“Maaf la Master. Saya bukan sengaje. Diorang yang paksa saya. Jangan la bunuh saya..” hatiku berkocak kencang.


“Aku tak pernah maafkan pembelot” Dum.. satu tembakan dilepaskan tepat ke kepala lelaki itu oleh Kioshi. Dia mati..


Jantungku bagai nak tercabat. Terkejut. Dasyatnye…

Tiba-tiba langkahku jadi longlai. Tak mampu lagi nak berdiri.

Tiba-tiba semuanya gelap..

Hanya terdengar suara orang menjerit..

“Ina!!!”

“Master, Ina ni!!!”

2 comments:

yoes berkata...

ina o ina....
hehe

DiNieezyANe berkata...

Fuyoh!
Ganas tuuu..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template