Selasa, 27 April 2010

Hampeh part 19














































Dear Diary,



Esok nak balik Malaysia dah. Tak caye rasa. Best sangat. Kawan dengan orang jahat dapat melancong erk.. Ha3. Aku dah pandai masak sushi, masak roti, kek, spegeti. Macam-macam aku belajar. Student Malaysia yang duk kat luar negara ni memang suka berbakti untuk Malaysia. Ha3. Sanggup tolong aku. Hafiz pun happy dapat belajar masak. Dia tu lembut sikit. Bukan la pondan. Ayu je. Ha3. Dia cakap nak jadi chef. Aku doakan dia berjaya. Yang paling terkejut, aku dapat tengok Lily ketawa. Lily cakap dia tak pernah masak. Dia tomboy dari kecik. Sekarang dia dah minat masak. Ha3. Ganas-ganas mane pun, kalau dah perempuan, perempuan jugak la. Tak leh nak ubah fitrah.



Kami semua happy sangat. Dapat tengok perkampungan kat Jepun. Pakai Kimono. Aku saje tak bawak Hafiz jalan-jalan kat bandar. Serabut. Hafiz tak pernah kenal dunia sebenar. Aku bawak dia tengok hidup orang miskin. Kampung-kampung. Ade sekali tu, dia nangis tengok rumah orang miskin. Memang sedih pun. Walaupun kat Malaysia ramai jugak orang miskin gitu, tapi bila hari-hari tengok kat tv, rasa macam biase je.



Tu kat Jepun. Kat Italy, kitorang jadi street girl je. Jalan-jalan je. Tak gi Bandar jugak, masuk kawasan rumah-rumah. Cantik la. Fuhh.. senibina dia yang aku suka. Memang boleh buat cair hati ni. Kami masuk pasar-pasar. Walaupun tak bawak banyak duit, tapi hidup merempat ni best la jugak. Tidur kat rumah student la.



Kat Australia kitorang main dengan kangaroo. Comel. Diorang kiss aku. Ha3. Kami masuk ke hutan, gi kat kedai-kedai roti. Kedai kek, coklat, cheese. Macam-macam dapat makan. Diorang banyak sedia halal food sebab diorang tau demand untuk halal food tinggi. Aku dah buat urusan dengan dirang. Mintak hantar keju dan coklat ke Malaysia. Untuk ‘Projek Mega’ aku la. Tujuan aku culik Hafiz dan sebab aku merayap rata-rata ni.



Allah ada berfirman,

“fantasyiru dil ardhi wabtaghu min fadhlillah..”



Allah suruh manusia ni gi jalan-jalan tengok Bumi indah yang Allah buat untuk kita. Hikmahnya, kita akan jadi makin dekat dengan Allah. Bila susah hidup bermusafir, kita akan jadi lebih bergantung dengan Dia. Lebih dekat. Lebih terasa Agongnya Dia. Tak tau nak cakap ape. Lebih-lebih lagi bila pergi kat kawasan yang masih terpelihara dari tangan-tangan manusia. Damai. Tenang. Sesejuk air yang mengalir. Rasa ade kuasa agong yang mengaturkan setiap satu zarah yang membentuk dunia yang indah ini. Kuasa yang melingkari semuanya. Ya Allah… maka dengan kasihMu yang sentiasa mengalir padaku, jadikanlah aku hambaMu yang malu untuk melakukan dosa. Amin….



Lina



3 comments:

husnazainal berkata...

nak coklat tu....sedap nye.!

hana berkata...

makan la...amm. ha3

hana berkata...

jom komen

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template