Khamis, 29 April 2010

Hampeh part 20 - misi selesai



“Ina bawak balik ape untuk saya?” Kioshi senyum sambil memandang ke lain.

“Saya bawak balik gambar kami kat sana. Nak tengok?”

Ala.. gambar je? Bagi la buah tangan ke. Buah hati ke.” Kioshi memuncungkan mulutnya. Gaya budak kecik merajuk.

“Kah3. Amir!!! Meh sini kejap. Tengok master kau dah jadi baby” tiba2 Botak ketawa kuat. Terkejut aku dan Kioshi. Kioshi melemparkan kusyen kearah Botak. Kami ketawa sama-sama.

“Ina, rumah ni meriah kalau ade kau. Jom la duk dengan kitorang semula.” Botak pulak buat muka manje.

“Eleh.. Ngade. Aku datang ni pun sebab nak bincang pasal nak hantar balik budak Hafiz tu. Kita kena plan awal-awal. Siap-siap. Jangan sampai kena tangkap. Dan kita ade masalah baru.” Aku memandang mereka.

“Budak tu ngamuk-ngamuk ke? Ke dia sakit?” bulat mata Kioshi.

“Dia tak nak balik rumah. Nak duk dengan saya. Aduh.. Kalau dia tak balik, macam mane nak dapat duit tu..” keningku berkerut.

“Ina.. kau lah penculik paling baik.Ha3” Amir buat ayat menganjing.

Kami pun berbincang macam mane nak hantar budak tu semula. Dan nak dapat duit dengan selamat. Hanya kami berempat tau pasal duit tu. Yang lain hanya tau aku menculik budak tah sape-sape. Kami jaga elok rahsia tu takut2 kalau orang lain tau, kami akan diugut. Akhirnya, kami buat keputusan nak hantar budak comel tu esok harinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hafiz, Hafiz naik kereta ni. Ikut plan kita ok. I’ll miss you.” Sedih la pulak aku.

“Akak, kita akan contact kan? Saya pun akan rindukan akak. Nak peluk..” muka sedih kuasa dua.

“Ehmmm..” kuat je bunyi Kioshi.

“Ha3. Mane boleh. Kita bukan muhrin. Boleh kahwin tau. Tak pe lah. Nanti akak contact Hafiz.” Aku menepuk bahunya.

“Nak kawin dengan akak la…” banyak songeh betul.

Aku tergelak kuat. Aku membawa Hafiz ke kereta. Bila kereta mula berjalan meninggalkan aku, air mataku mula menitik. Aku pergi mendapatkan Kioshi dan yang lain-lain. Plezz la jangan layan perasaan gini.

“Kita ikut plan elok-elok tau. Korang dah janji dengan aku kan. Aku tak nak ade yang cedera.” Muka aku bersungguh.

“Ok bos comel. InsyaAllah.. Moga Allah tolong kita.” Botak menjawab. Dia dah lain sekarang ni. Tah la. Dia mintak aku ajar dia solat. Tapi tak banyak lagi yang aku sempat ajar. Alhamdulillah. Tapi ape yang kami buat ni satu dosa besar. Aku tahu.

“Jom..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Mane duit tu?” suara Botak agak kasar.

“Ni dia. Cukup semua. Tapi mane anak aku?!” muka Dato’ Lokman Nampak macam takut plus bengang.

“Bagi dulu duit tu. Kejap lagi anak kau sampai. Jangan risau. Ikut je cakap aku” muka Botak muka berubah. Dia senyum. Nampak macam sedih. Dato’ Lokman memberinya plastik tersebut. Botak mengeluarkan beg kosong yang ada di dalam kereta itu dan mula memindahkan duit ke dalam beg.

“Dato’… anak awak tu baik sangat. Walaupun dia nampak macam nakal, banyak cakap, makan banyak, tapi dia masih seorang budak yang comel. Walaupun dah tingkatan 3, dia masih ade hak nak manje2 dengan ayah dia. Terubat rindu saya kat anak saya bila tengok dia” Perlahan suara Botak..

Aku tak sangka Botak cakap macam tu. Kami semua dapat mendengar ape yang Botak cakap sebab kitorang pakai alat perhubungan jarak dekat. Dato’ tu nampak macam terkedu.

“Saya bagi semula anak awak, tapi awak kena janji, hargai lah anak awak tu. Bukan manja kan dengan duit. Ajar dia berdikari. Biar dia reti nak buat ape-ape kalau awak dah tak de nanti. Jangan rosak kan masa depan dia”

“Ok..” Dato’ tu pulak yang sayu.

Tiba-tiba Botak jadi panik. Alamak, beg tu tak muat la. Wang yang lebih tu ditinggalkan dalam plastik sampah dan disorokkan di kawasan secret kami. Ha3. Spoil dah plan ni sikit-sikit. Aduh..

Botak memberi isyarat supaya kereta yang membawa Hafiz masuk. Hafiz cepat-cepat turun dari kereta tapi dia bawak banyak sangat beg. Jadi lambat jugak. Aduh…

“Papa!!! Tolong la angkat beg ni..” Hafiz melaung kearah Dato’ Lokman.

Kami semua tercengang. Botak cepat-cepat masuk ke dalam kereta itu bersama beg "palsu" yang tak de duit dan mereka berlalu terlalu cepat. Seperti plan kami, mereka melanggar kotak-kotak Amir. Amir dah aku make up kan jadi memang macam orang tua. Ha3. Tiba-tiba kereta polis mengejar mereka dengan laju. Dah agak dah. Amir membaling kotak kearah kereta polis, tapi mereka tak berhenti. Diorang maki hamun Amir teruk-teruk. Alamak…. Diorang dapat ikut kereta yang Botak naik!!!

Botak panik. Mereka memandu laju dan masuk ke kawasan perumahan. Polis masih mengejar mereka. Cepat-cepat mereka masuk ke dalam kawasan rumah orang dan menutup kereta itu dengan kanvas plastik. Mereka duduk diam di dalam kereta itu. Ni dah salah plan. Silap masuk rumah orang. Tiba-tiba, tuan rumah keluar. Alamak...

“Ni ape hal masuk rumah saya macam ni” muka mak cik tu pelik.

“Err, kami nak tumpang tidur jap. Semalaman memandu. Maaf ye kak. Kejap lagi kami keluar."

Mak Cik tu memandang mereka agak lama. Dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Botak, aku rasa mak cik tu telefon polis la” Lily baru bersuara. Lily yang memandu kereta itu.

“Jom kita blah. Jangan angkat kanvas ni” Botak dah malas nak fikir.

Apabila mereka keluar, kereta polis berada di belakang mereka. Polis itu menikut mereka. Walaupun tak nampak warna dan jenis kereta, tapi Nampak pelik sangat kereta keluar bertutup penuh macam tu. Alahai…

Tiba-tiba kereta Skull keluar dan memecut laju. Ape lagi, polis aim diorang la. Polis mengejar mereka sampai ke kawasan yang agak jauh dan menahan mereka dari depan.

“La.. Cik polis kejar kami ke? Ingat kan ade penjenayah bahaya kat sini tadi. Sebab tu lah saya pecut.” Skull buat muka selamber. Anak-anak dia pun keluar.

“Encik didakwa kerana menculik. Sila ikut kami” kuat je polis tu memberi arahan. Padahal muka dah cuak salah orang.

Satu lagi kereta polis tiba. Bulat mata mereka melihat Skull dan anak-anak.

“Ni bukan penculik tu. Kereta tadi takde plat kereta la.” Seorang polis bersuara.

“ Memang la. Saya tak culik budak-budak ni. Ni anak saya. Kami nak pergi mandi pantai la.” Skull buat muka bengang. Tapi sebenarnya nak ketawa. Anak dan isterinya pucat. Mereka tak tau ape-ape.

‘Maaf ye Encik. Kami tersalah orang.” Mereka pun berlalu.

Ha3. Skull cuba menahan ketawa. Isterinya membebel tak henti-henti. Skull pun membawa anak-anak nya ke pantai. Dia diberi cuti 2 minggu takut-takut polis masih mengikut mereka.

Botak dan Lily dah selamat sampai ke rumah kosong dan memutup kereta dengan selimut berwarna kuning. Kononnye nak jemr selimut. Ha3. Mereka dah lega. Polis dah tak mencari lagi.

Aku dan Amir dah dapat larikan kereta yang ade diut tu ke banglo melalui jalan kampong. Misi berjaya. Ha3 Walaupun banyak masalah. … Alhamdulillah.

“Papa, Papa rindu hafiz tak?” Hafiz terenyum dan memeluk papanya.

“Hafiz rindu kat papa. Hafiz ade beli hadiah untuk papa. Hafiz beli kat Paris.”

“Ha???!!!” dato’ Lokman tercengang.

“Oppss..






4 comments:

DiNieezyANe berkata...

Woohh
mission accomplished!

Fakhrur Razi berkata...

hak2 xle blah =.="
diculik smpai ke paris xD

hana berkata...

ade sebab la tu.. budak tu yang tolol gi shopping

aFaiSh berkata...

ahahahaha
duhhh kit yut gelak

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template