Isnin, 24 Mei 2010

Hampeh part 30

“Awak, saya nak pinjam telefon. Dah lama tak cakap dengan mak ayah saya.”

“Ambiklah. Tapi jangan sedih kalau awak kena marah. Waktu awak hilang dulu, saya ade telefon mak awak. Dia cakap awak lari dari rumah. Lepas tu dia tuduh saya yang larikan awak.” Asrol berterus-terang.

“Takpe lah. Biar saya cakap sendiri.” Aku mula sayu.

“Ni nombor ayah awak. Saya simpan lagi.” Asrol menghulur handsetnye.

Memang tak pelik kalau dia simpan lagi nombor papa. Dia pernah cakap, satu hari nanti, dia sendiri akan telefon papa. Dia nak cakap dia nak jadikan aku isteri dia. Tapi tu dulu. Aku tak tau macam mana hati dia sekarang.

“Assalamualaikum. Papa, ni kakak.”

“Ya Allah!! Anak aku.. Kakak pergi mane selama ni? Merata papa cari. Kakak lari dari rumah ke?”

“Tak lah. Kakak kena culik. Diorang letak kakak kat rumah pelacur. Tapi kakak dapat lari. Lepas tu diorang tangkap kakak semula.  Kakak kena kerja dengan diorang. Cari duit untuk diorang.”

“Sekarang ni kakak kat mane? Biar papa datang ambik.”

“Tak boleh. Tak selamat. Diorang jadikan kakak sebahagian dari orang diorang. Sekarang tengah ade masalah. Jadi kakak pun terlibat sekali. Jadi, lebih baik kakak sembunyi macam ni dulu. Bila keadaan dah ok, InsyaAllah kakak akan balik.”

“Kakak sihat tak? Diorang ape-apekan kakak tak?”

Tiba-tiba aku tak mampu menahan sebak. Aku menangis teresak-esak.

“Kakak ok je. Jangan risau. Doakan kakak selalu ye. Cakap kat mama, kat tak lari dari rumah.”

“Ye lah. Jaga diri elok-elok. Kalau boleh, cepatlah balik rumah ye. Kawan-kawan kakak semua dah masuk u. Papa dah tolong isikan boring upu kakak dulu. Tapi dah kakak tak balik-balik. Nak buat macam mane. Papa tak kesah. Janji, anak papa selamat. Papa dah syukur sangat.”

“Papa, kakak dapat berapa pngs matrik sem 2? Purata pngk?”

“Sem dua kakak dapat 4 flat. Purata 3.8 sebab sem 1 dulu 3.67. Bagus dah tu kakak. Sedih papa bila tengok result kakak.”

“Kenapa papa sedih?”

“Ye lah. Anak dapat result elok. Tapi anaknya tak de depan mata. Tak tau ade kat mane. Sihat ke tak. Makan ke tak. Entah hidup lagi ke tak pun tak tau.”

Tangis ku makin laju.

“Sekarang papa jangan risau lagi. Kakak ok. Nanti kakak hantar surat, hantar gambar kakak. Orang yang jaga kakak ni pun orang yang baik-baik. Jangan risau ye. Kirim salam pada semua ye. Semua sihat kan?”

“Kami sihat je. InsyaAllah. Jaga diri tau. Dah la kakak sorang je anak perempuan papa.”

“Papa jangan risau. Takpe lah papa. Nanti kakak telefon lagi. InsyaAllah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Jaga diri tau.”

Peritnya nak letak telefon tu. Macam kena cucuk duri. Aku menangis teresak-esak. Asrol cuba menenangkanku. Mak Cik Nab datang memelukku.

Ya Allah… Aku rindukan rumah.. Aku rindu papa mama. Rindu adik-adik yang kelakar tu.. Ape khabar mereka kat sana?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Emm, awak. Saya tanya sikit boleh?” Asrol duduk di sebelahku.

“Betul ke diorang letak awak kat rumah pelacuran?”

“Haah. Tapi saya dapat lari. Nasib baik diorang tak sempat buat ape-ape. Kenapa?”

“Saje tanya. Alhamdulillah. Awak simpan lagi untuk saya.” Asrol tersenyum kucing.

“Simpan ape?” mataku membesar.

Bahaya cakap dengan budak sorang ni. Macam la aku tak kenal. Bila dah jadi ustaz ni baru nampak lain sikit. Sikit je lah..

“Tak de ape-ape. Awak dengan Hashim tu ade ape-ape ke?’

“Kawan je. Dia cakap dia suka kat saya. Tapi.. tah lah. Sebab dia la saya kena rendam dalam air hari tu. 
Mujur tak lemas. Tapi, bukan salah dia jugak.”

“Bagus jugak rendam awak tu. Biar wangi sikit. Ni tak, bau macam tapir.” Asrol buat muka.

Dia bukan tau ape yang dah jadi. Main redah je cakap. Rasa nak cili je mulut dia.

“Awak kenal ke tapir tu ape?”

“Kenal la.. Yang bergayut atas pokok. Warna hitam putih. Betul tak?” jawab muka confident giler.

Aku ketawa kuat. Nak terguling je rasa.

“Tu lah. Tapir pun tak kenal. Nak mengata orang konon. Yang awak cakap tu lutong la”

“Biar lah… saya nak tukar nama lutong tu jadi tapir. Suka hati saya la.”

“Saya pun nak tukar nama awak. Jadi Siti Asrol  COmel. Ha3”

“Ha!! Tu saya setuju. Memang saya comel pun. Sebab tu ade budak tu sangkut kat saya.”

“Perasan…” aku menjeling.

“Saya tak cakap pun tu awak.” Dia ketawakan aku.

“Saya pun tak cakap tu saya.” Aku membalas geram.

“Bwek!!” kami sama-sama menjerit. Tiba-tiba kami terdiam. 

Teringat zaman dulu-dulu. Ha3.

“Habis dah gaduh? Jom minum air..” mak Cik Nab muncul dan menarik telinga Asrol. “Malam ni Ina masak ye. Tomyam. Mak cik letih. Nak rasa Ina masak pulak. Bahan-bahan, mak cik dah belikan.”

“Tomyam..?” Alamak… 
Pucat aku.

                               Ni lutong                                              Ni tapir..





3 comments:

dayah berkata...

i like this post
teruskan berkarya

Liyana berkata...

best la....

zahra berkata...

xbape best la part ni..nak dy dgn kioshi...huhu.cepat2 sambng taw..!

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template