Selasa, 7 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 4



“Awal masuk tido” Hamdi tersenyum di pintu.

“Letih la. Awak tak pe la. Dah tido petang tadi.” Aku dah takde mood. Dah siap solat, eloklah tu untuk tidur.

“Nite..”

“Nite” aku menutup muka dengan bantal.

60 minit kemudian.

“satu, dua, tiga, empat, satu dua,….”

Aku membuka mata. Hamdi sedang pumping. Aneh..


“Awak buat ape tu?” soalan yang tak patut ku tanya.

“Tak nampak ke? Saya tengah masak kek. Huh..” dia terduduk.

“Emm.. cantik kek awak. Hahaha.. Tak nak tidur ke?” mataku dah celik kembali. Dah hilang mengantuk.

“Saya tak boleh tidur..”

“Kenapa pulak? Sujuk? Ni ade selimut.” Aku menunjukkan selimut yang ku guna. “Luas lagi ni. Muat je.”

“Takde selimut lain ke?” muka kesian.

“Ade. Nanti saya gi kat mintak kat ibu.” Aku bangun tapi Hamdi sempat menyambar tanganku.

“Jangan. Nanti ape mak awak cakap pulak. Takpe, saya boleh tahan sejuk.”

“Hish.. dah la hujan. Sejuk la. Nanti awak demam pulak. Jangan risau. Saya tak kacau awak.” Aku memberi 
senyuman semangat.

“Jangan la senyum macam tu.. seram. Satu lagi.. errr… awak… pakai la baju.” Sambil cakap, sambil pandang dinding.

Aku memandang badanku. Sah. Aku lupa pakai baju. Dah letih sangat tadi. Tapi baju kecik ade.

“Yela. Awak geli ey? Saya dah biasa pakai macam ni kat rumah. Tidur macam ni. Sebab tu mak saya selalu 
marah kat saya.” Aku menyarung baju t shirt berwarna hitam.

“Yeke. Nape pulak mak awak marah?” Hamdi duduk di atas katil. Akhirnya..

“Sebab saya suka kerat baju. Baju kurung jadi takde lengan, pendek sampai ke pinggang. Kain dia saya buat skirt pendek. Bawah sikit dari lutut. Ibu kata sian kat ayah, terseksa jiwa. Tah la. Tak faham betul orang laki ni...”

“Memang betul pun..” perlahan suaranya.

“Ape?”

“Takde ape. Takde baju warna lain ke? Kuning ke? Elok-elok sikit? Jangan la pakai yang terbuka dada macam tu”

“Mane ade terbuka. Besar sikit je. Baru sedap tidur, masuk angin.”

“Ish budak ni.. Panas je rasa.” Dia mengipas-ngipas badannya.

“Awak ni pelik la. Semalam ok je.” Perlahan aku merungut.

“Semalam tu saya letih sangat. Hari ni tak rasa letih, rasa lain macam la..” dia dah masuk ke dalam selimut. Muka pun dah tak nampak.

“Saya tak rasa ape-ape pun…”

“Orang perempuan tak sama macam orang laki. Awak tak faham. Duduk jarak 2 meter dari saya kalau nak 
selamat. Kalau tak.. jangan marah.. hehehe”

“Ngade betul. Baik tidur bawah katil..” aku menjeling kuasa 5.

Aku menarik selimut itu hingga ke bawah katil dan tidur di bawah katil. Seronok jugak. Di atas timbunan kain baju yang aku tidak sempat lipat tadi. Nikmatnya.. lembut.

Pagi itu, waktu subuh, satu rumah heboh aku hilang. Si Hamdi ni memang tak pernah jengok bawah katil kot. Aku terjaga sendiri jam 6.30pagi. For sure semua orang marah aku. Hamdi tak cakap ape-ape. Diam. Marah agaknye…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Hamdi, makan banyak ye..” ibuku memang manis berkata-kata.

Hamdi hanya tersenyum. Dia makan berselera benar.

“Lalu ke masakan kampung ni? Risau jugak ayah. Takut tak kena selera Hamdi.” Ayah aku menambah nasi.

“Sedap. Saya suka. Kat rumah memang jarang masak macam ni. Tapi waktu saya duk belajar dulu, saya 
gemar makan makanan macam ni. Kawan-kawan masak. Lebih-lebih lagi, gulai tempoyak. Hish..berselera.” dia tersenyum. Dah 3 kali tambah nasi.

“Watif, dengar tu..” ibu menjeling kepadaku yang sedang membasuh pinggan. “Hamdi, Watif yang masak ni. Lain kali suruh dia masak lagi ye.”

“Hehehe. Sayang.. dengar tu.” Hamdi pula menjeling ke arahku. Aku membesarkan mata. Protes. Siap la lepas ni.

“Hahaha. Elok lah tu. Manje-manje. Biar lekat kasih sayang. Ibu dengan ayah ni pun romantik lagi. Sampai sekarang pun selalu mandi sama-sama.” Tanpa segan silu ayah bercerita. Aku memang dah biasa dengan mereka begitu. Tapi dengan Hamdi, no way!!!

“Tapi kan ayah, Watif tu pemalu sikit. Susah..” Hamdi senyum menyakat. Aku dah mengangkat kuali. Sedia untuk membaling.. haiiyakk.. Tak boleh. Ibu ayah ada.

“Saje je tu. Dia bukannye ade perasaan malu. Kadang-kadang, keluar bilik, lupa pakai seluar. Haru ayah tengok.” Mereka semua ketawa. Aku dah mencuka. “Korang berdua bila nak pindah ke rumah sane?”

“InsyaAllah esok pagi. Malam naik flight ke Perth. Jadi hari ni, nak kena mengemas barang dah la.” Hamdi membasuh tangannya.

“Jaga elok-elok Awatif ni tau. Ayah bagi amanah kat Hamdi jaga anak perempuan ayah ni. Dah la sorang je perempuan. Didik dia jadi solehah. Nakal-nakal, nasihat la. Dia memang kuat mengusik orang. Dari kecik.”

“InsyaAllah.” Hamdi hanya tunduk.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



“Awak, tu je ke baju awak?” Hamdi menjenguk.

“Hmm.. tapi macam banyak sangat la. Tak tau nak bawak ape. Kita nak duduk sana terus kan?”

“Yelah. Tempat kerja awak kan dekat situ je. Lagi pun rumah tu besar. Kita duduk sana je lah. Tak lah ummi sunyi. Err.. baju bukan baju kurung takde ke? Yang labuh, tapi pakai dengan seluar. Baju muslimah.”

“Ade dua je. Tapi macam dah lusuh. Saya tak bawak.”

“Hmmm..”

“Kenapa?”

“Awak siap-siap lah. Kita gi shopping”

“Ha?? Tak payah la. Saya dah banyak baju.” Aku kurang suka.

“Saya tak nak orang hina awak nanti. Awak tak biasa dengan diorang.” Dia memandang mataku. Ada riak kerisauan.

“Honestly, saya tak faham. Kenapa orang nak hina saya? Apa masalah sebenarnya?” aku dah fening. Toing3…

Hamdi memegang bahuku. “Hmm.. awak kena percaya kat saya, ok. Diorang hidup mewah. Cara hidup pun beza. Huhh” dia mengeluh panjang. “Ummi tak berapa suka awak”








sila komen

3 comments:

Dr.LoVe berkata...

best lah ceta ni...i like...ceta ni buat ai ternanti2 tertunggu2...nak sambung lagi

Unknown berkata...

nk lg,,,

Miss FF berkata...

sengal la awatif ni.. boleh plak dia g tido kt bawah katil.. adoi.. kecoh plak tu seisi rumah yg dia tu hilang tbe2..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template