Rabu, 1 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 2




“Nak buat ape dengan hantaran ni? Biar je lah kat ruang tamu tu.” Dahiku berkerut.

“Ssshhh.. jangan la bising. Letak atas lantai tu.” Hamdi mengunci pintu bilik dan bersila menghadap hantaran tersebut. Aku pula duduk menghadapnya.

“Hmm.. banyak jugak coklat dalam ni. Nak?” dia membelek-belek hantaran itu.

“Tah lah..” aku masih blur.

Didalam hantaran tersebut ada coklat ferrero rocher dan Cadbury. Terliur aku melihatnya.

Kalau budak ni takde, maunye aku makan semua. Tapi.. kalau dia takde, sape nak bagi hantaran ni kat aku.. hmmm.

Hamdi membuka satu bungkusan ferrero rocher dan memakannya. “Emm.. sedap. Kalau tak nak, saya habiskan.”

“Mane aci. Nak jugak.” Aku buat muka kesian.

“Boleh, tapi kena bukak baju dulu.” Dia tersenyum.

“Hish awak ni. Tak nak lah kalau macam tu.” Mukaku bagai diletak sebotol cuka.

“Laa… ape salahnye tukar baju. Nanti comot la kena coklat ni. Lagipun, takkan awak nak tidur pakai baju pengantin. Ha3. Buang tabiat.” Sedap dia ketawakan aku.

“Huh. Jahat betul. Yelah. Saya tukar baju. Tapi awak jangan habiskan. Awak pun, takkan nak pakai baju tu..” aku pula menjeling.

“Ok. Saya tukar sekarang.” Dia menanggal bajunya.

Aku cepat-cepat berlari ke pintu. Tak nak tengok!!

Dia menarik tanganku. “Hish.. awak nak pergi mane ni?”

“Nak tukar baju lah. Nak pergi tandas kat dapur tu.” Aku menutup mata. Alahai…

“Tukar je lah dalam bilik ni. Nanti orang cakap ape pulak.” Muka dia jadi serius.

“Semua orang dah tido lah..” mulutku dah muncung. Protes..

“Mane ade. Diorang buat-buat tidur je tadi. Nak suruh kita masuk bilik. Tak caya, cuba intai.”

Aku mengintai di balik pintu. Rupanya masih ramai di luar. Mengemas.
Ceh.. tipu aku rupanya.

“Tapi saya nak kencing..” muka sedih giler.

“Tukar baju dulu kat bilik. Lepas tu baru pergi kencing. Ish budak ni” Hamdi menarik pipiku.

“Janji jangan tengok..” jariku di hidungnya.

“Ok miss..” dia duduk menghadap dinding. “Saya bilang sampai 20 je. Lambat, tanggung sendiri. Satu, dua, tiga..”

“Mane sempat.. awak..”

Dia tetap mengira walau apa pun yang ku katakan. Aduh…
Ape lagi.. aku cepat-cepat menukar baju. Enjin Ferrari pun kalah. Fighting!

“…sembilan belas, dua puluh. Dah” Hamdi berpusing mengadapku.

Aku tak pakai tudung lagi. Baru siap sarung t shirt.

“Jahat la awak ni.” Mukaku tambah mencuka.

“Dah sempat pun, nak marah jugak.. macam mak nenek. Pergi la kencing nu. Jangan terkencing dalam bilik ni. Saya alah bau kencing. Pergi cepat. Syuh..syuh..” macam halau anak kucing.

Aku menjelir lidah. Kupakai tudung dan keluar ke tandas. Selesai tugasku di dalam tandas, aku masuk kembali. Dia dah menukar pakaian. Seluar tiga suku dengan baju pagoda tak berlengan. Kalau dah laki, laki jugak..

Hamdi sedang menyusun beberapa askar mainan kecil. Aneh tu.. Ambil kat mane?

“Ni coklat awak.”Dia menghulur sebiji ferrero rocher kepadaku. “yang ni pun untuk awak, tapi ade syaratnye.” Dia mengeluarkan sekeping Cadbury besar.

Black forest!! Macam tau-tau je aku suka. Yeye… hihihihi.

“Syarat ape?” pertanyaan dalam senyuman. Insane dah..

“Lawan askar ni. Satu menang, dapat satu petak kecik Cadbury ni.”

“Ha???!! Awak ni tak normal la.” Aku dah muncung semula.

“Eleh.. macam la awak normal sangat. Mata besar macam ikan lolong. Dah. Duduk sini. Ni askar awak. Ni askar saya. Main jentik2 je. Sape kalah kena jentik kat dahi. Menang, dapat coklat.” Elok je dia memberi arahan. Huh..

Mulanya aku hanya duduk dan muncung. Then, dapat idea. Ting tong. Keluar mentol dari kepala. Revenge…hihihi.

“Ok. Jom. Sape kalah kena jentik. Awak jalan dulu.”

“Ok” hamdi menjentik askarnya. Jauh dari sasaran..

“Hahaha. Awak ni..” suara aku terkuat. Tapi masih ayu dan lembut. Dari tadi masih dapat ku kawal. Ni dah mula kuat.

“Awak buat pulak.” Dia tak puas hati.

“Ok.” Aku menjentik kuat. Tak kena juga.

“Hahaha.. saya lagi pakar. Jangan risau la comel..” dia ketawa perli.

“Hmm.. yela. Your turn..” nyampah aku.

“Hmm.. yang mane ye. Yang ni ke yang ni.” Dia berbisik perlahan. Lama merenung sebelum bertindak.

“Awak, cepatla.. Laju sikit.” Aku menahan sabar

“Yela tuan puteri.” Dia menjentik. 3 askarku jatuh. Tinggal lagi 3. Dia tersenyum bangga.

“Hebat jugak awak ni. Biar saya pulak buat.” Aku menjentik. Satu sahaja askar jatuh. Huh..

Kemudiannya Hamdi menjatuhkan lagi 3 askarku lagi. Dia menang. Mampus aku..

“Dah sedia dah? He3” dia gelak kecil.

“Awak jangan buat kuat sangat tau. Saya takut. Slow2 dah la.” Aku memejam mata. Sedia untuk dijentik di dahi.

“Tak sakit. Jangan risau.” Pap.. singgah di dahiku.

“Aduhh.” Aku mengeluh kecil. “sakitla.. tak nak la main macam ni.”

“Ala.. baru main kejap. Satu round lagi la. Tak nak ni ke?” dia menggoyang2 kan coklat tersebut.

“Satu je lagi tau.. janji ey.. Saya nak semua. Tak nak sikit je”

“Ok. JOm”

Kami main lagi satu round. Tak tau la kenapa, tapi tiap kali Hamdi jentik, mesti kat kena. Walaupun susah, akhirnya aku yang menang.

“Suka lah tu.” Dia mengangkat muka sedia untuk di jentik.

“Tak payah la.” Aku rasa kesian pulak. Dah la dapat coklat. Dah happy. Hihihi.

“Ala.. nak jugak. Cepatla. Mane aci” dia saje nak tunjuk macho.

Aku menjentik perlahan. “Dah”

“Alahai, lembutnye..”

“Bagi kuat baru tau. Jom tido. Ngantuk la.” Aku dah menguap.

“Ok. Jom. Saya pun dah letih.” Dia merebahkan badan di atas katil.

Aku baring di sebelahnya. Jauh sedikit. Hampir ke hujung. Kami berdua senyap. Lampu meja di matikan.

“Awak..” hamdi menoleh ke arahku.

“Ye..”

“Kita kawan baik kan?”

“He3” aku tergelak kecil. “Hmm.. tapi awak jahat sikit.”

“Memang saya jahat pun. Hehe. Muah. Nite.” Dia mencium dahiku.
Terkejut juga aku. Tapi hatiku berasa senang je. Sejuk…
باسمك الله احيا واموت

Kami tertidur.



Di bilik sebelah…..

“Tak sabar betul anak kita tu kan. Hihihi. Kesian dekat Hamdi”

“Tu lah. Nak laju-laju. Letih dia.”

“Takpe.. diorang suka.”

“Hamdi pun boleh tahan. Nak banyak-banyak round. Takut si awatif tu.”

“Eleh.. dia tu manje. Baru sikit dah sakit.Dah tak nak. Adat la. Anak dara.”

“Biase lah tu. Tak lama lagi kita dapat cucu la. Seronoknye..”

“Amin.”

“Kalau diaorang tau kita dengar ni, mesti diorang marah.”

“Bukan salah kita. Diorang tu kuat sangat. Terdengar la.”

“Hehehe. Jom lah tidur.”

“Kita tak nak tambah anak dah ke?”

“Awak jangan nak merepek ye..”








jangan lupa komen..

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

hahaha,,,
lawak la,,
mak bapak dia da slh phm...
smbng g...

alin berkata...

wakakakakakaka.....
mak n ayah awatif salah faham...
ngeh3....
tgh gelak sorang2..kwn ofis masok..
dia pelik nape gelak sorang...
hahahahahah..
gud job...
cpt2 sambong...

zura asyfar addy rifqhiey berkata...

best citer..klakar..tak penah dibuat org main askar mlm pertama..smpai YM ku pelik tgk tgelak sorg2..hehe

Tanpa Nama berkata...

ngeng gle...........huhuuuuu

Unknown berkata...

hahaha,,,
lawak la,,,
comey je diorg,,,
smbg lg,,,

aqilah berkata...

kah..................tak boleh blah betul mak bapak pengantin perempuan.............siap skodeng lagi!!!!!!!!!!!!!best!!!!!!!!!!!!!!

Dr.LoVe berkata...

bestlah ceta ni, ai dah jatuh cinta pdmu ANE...nak part 3..cepat sketlah...

Tanpa Nama berkata...

hahah...lol...
makpak dia plak yg xcited...
skodeng anak plak tu...
xleh blah r....
hahha...

smbng lg...

~aki~

aFaiSh berkata...

wakakakkakaaa..
adoiiii!!
tulun2..kit yut :D

pipvz devil berkata...

ngok ngek tul ar..dah agak dah kmpom de y slh fhm..hahaha lawak giler..

Zuera berkata...

wah.... lawak kot bce chap ni... dok gelak sowg2... my sis suggest... ok, nk baca lagi...

Unknown berkata...

hahaha.. Mengong....

Miss FF berkata...

adoila.. pe ni skodeng pengantin baru! da lah salah faham... ngok ngek betulla.. hehehehehe~

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template