Isnin, 13 Disember 2010

aku nikahkan engkau part 7




Aku membuka zip begku yang kecil. Tidak ada. Semua tempat aku dah cari. Memang tak ada.

Macam mana aku boleh lupa ni. Ish. Tak best betul macam ni.

“Awak tak nak mandi? Dah masuk waktu asar dah ni.” Hamdi menjengah dari bilik air.

“Kejap lagi la. Err..nak duit sikit. Nak pergi beli barang jap” aku teragak-agak. Eee.. Dok reti la ambo nok ghoyat gano..

“Nak beli ape? Biar saya pergi beli. Saya dah biasa. Tapi, jom solat dulu la. Jemaah. Jom” dia menyarung t shirt berwarna putih. Sweet je untuk dia. Kulit macam cina.

“Err.. saya cuti solat. Abc. Allah bagi cuti.” Aku malu jugak nak cakap.

“Ha??? Adlina, kita duk kat sini 5 hari je. Kenape pulak awak cuti ni?” muka kecewa giler. Siap duduk atas katil. Macam merajuk.

“Mane saya tau. Dia nak keluar. Saya tak suruh pun.” Nada aku sayu. Bukan sebab ape-ape. Sebab pad tak bawak. Hwaaaa.. Ku mengalami kebasahan…Huk huk huk.

“Sampai hati.” Dia mengambil sejadah dari begnya. Kompas kiblat sekali.

“Kenape pulak awak yang sedih ni? Saya yang patutnye berubah mood. Bukan awak. Cepat la solat. Lepas tu gi kedai ye. Saya tak bawak pad.”

“Beli la sendiri.” Merajuk lagi.

Tak paham betul aku budak sekor ni..

“Allahuakbar” dia mengangkat takbir.

Aku memandang sahaja. Hamdi memang seorang yang baik. Geng geng budak surau. Ayahku pernah mengajar dia mengaji Al-Quran. Waktu dia kecil dulu. Aku pun mengaji sama-sama. Tapi aku tak baik dengan dia. Selalu gaduh. Tu je yang aku ingat. Lepas dia pindah, aku dah tak ingat lagi pasal dia. Dan bila ibu bagi tahu aku pasal perkahwinan kami, aku memang terkejut. Sebab yang aku ingat hanyalah seorang budak lelaki gemuk, yang nakal dan suka kacau aku. Mula-mula tu, aku nangis 3 hari. Then, ok je balik. Redha Allah pada redha ibu bapa. Lagi pun, orang yang ada tu tak nak pinang aku…hmmm..

Hamdi sudah selesai solat. Dia melipat sejadah. Doa nya memang panjang. Cukup untuk membuatku terlelap sebentar di atas katil.

“Adlina, siap-siap la. Saya bawak awak pergi kedai.”

“Awak je lah pergi. Tolong beli yang saiz besar. Overnight ke. Nak yang wing. Banyak ni.” Aku menutup mata kembali.

“Laa.. Mane saya reti. Lagi pun, malu la..” dia menarik tanganku.

“Kalau saya jalan, habis la bilik ni. Awak tak kesian kat saya ke?” aku mencebik. Perutku sakit. Senggugut dah mai dah..

“Ish.. geli la. Awak jangan merayau pulak. Saya pergi kejap je, ok?” dia menyarung jaket.

“InsyaAllah” perkataan yang paling baik untuk diucapkan atas perkara di luar ketentuan manusia.

Aku kembali berbaring. Sakitnye…




Hampir 15 minit, Hamdi kembali.

“Ni dia. Dia tulis large. Besar la agaknya.” Dia menghulur kepadaku satu bungkusan biru.

“Thank you.” Aku membukanya dengan perlahan. Masih menahan kesakitan.

Alamak.. Huh.

Aku merenung Hamdi. Tak tau la nak marah ke, nak gelak ke. Mood tak baik ni. “Awak.. ni lampin bayi.”

“Hah?? Tak de gambar baby pun. Nampak macam sama je. Try la pakai dulu.” Dahi nya berkedut. Dia mengambil lampin tersebut dan membeleknya. Dia memandang mukaku. Kelat. “Ok, abang beli lain”




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




“Awak.. bangun. Makan sikit. Ni saya beli bubur panas ni.” Hamdi memegang bahuku. Membantuku untuk duduk.

“Thank you. Awak dah makan.”aku membetulkan dudukku. Sakit. Ni la masalah orang senggugut. Ada gaya tersendiri. Bila ubah posisi, memang sakit.

“Belum. Nak makan dangan awak lah ni. Tapi nampak gayanya, tak boleh bagi awak makan sendiri ni. Dah pucat sangat. Meh saya suap.” Dia mengaup bubur di dalam mangkuk.

“Takpe lah.. saya makan sendiri.” Aku menjawab lemah.

“Nak cakap pun tak larat. Jangan degil la. Bukak mulut.. amm..” dia menyuap bubur ke mulutku.

Aku makan sedikit. Selera masih kurang. Kemudianya aku minum kopi panas pula. Barulah rasa sakit makin berkurangan. Aku sambung berbaring. Dalam selimut. Lutut rapat di perut. Aku melihat sahaja Hamdi makan. Air mataku mengalir. Aku rasa bahagia bila tengok orang yang aku sayang makan. Bahagia sangat…

Selesai Hamdi makan, dia menghampiriku. “Ni ada minyak afiat. Panas sikit. Alhamdulillah saya terbawak. Meh saya sapu perut awak.”

Dia menyelak selimutku dan bajuku. Tapi tanganku pantas menghalang. “Awak, jangan la.”

“Hmm.. sampai bila awak nak malu ni? Saya bukan buat ape pun. Saya risau je tengok awak macam ni.” Dia mengusap dahiku. Terasa dingin sekali.

“Saya segan la..”

“Ok. Tutup mata. Jangan pandang saya. Anggap je ibu awak yang gosok perut awak. Ok? Saya tak bukak baju awak. Saya tolong gosok je.” Dia menyusup tangannya kearah perutku dan mengurut perlahan.  

Slow pain. Kawasan kesakitan lebih luas. Dangan cara urutan perlahan, kesakitan dapat dikurangkan.
Perlahan-lahan mataku terpejam. Aku terlelap.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku membuka mata. Arghh.. Rasa sakit badan. Tapi perutku sudah tidak sakit. Hamdi tertidur di tepiku dalam keadaan terduduk  di lantai. Tangannya masih di perutku. Aku menarik keluar tangannya perlahan.

“Awak.. bangun. Tidur atas katil.” Aku berbisik perlahan.

Hamdi membuka mata. “Awak dah bangun? Sakit lagi?” dia menggeliat comel.

“Tak sakit dah. Meh tidur sini. Sejuk kat bawah tu.”aku menarik tangannya.

“Tak pe ke? Nanti terlanggar perut awak. Nangis la awak. Katil tu sempit.” Dia tersenyum. Muka mengantuk.

“Ala. Tak sakit dah. Cepat la. Offer sekejap je ni.” Aku dah kembali tersenyum.

Dia bangun dan menyusup masuk ke dalam selimut dari kakiku. “Auuu… Cak!!”

“Hahaha. Awak ni kan..” aku menarik hidungnya.

“Jom sambung tidur. Ngantuk la. Esok nak pergi jalan pulak.” Dia menarik selimut. Dengan katil single macam tu, aku terpaksa mengawal pergerakan. Kalau tak, jatuh katil la aku.

“Jom” aku mematikan lampu. Suasana kembali sunyi. Aku memandang Hamdi. Aku melihatnya dalam samar-samar kegelapan malam. “Abang..”

“Ye.”

“Thank you.” Aku memeluk pinggangnya. Kepalaku rapat di dadanya.

“Awak jangan sakit lagi tau..” dia mengucup dahiku. “Abang sedih tengok orang yang abang sayang menangis.”


5 comments:

Dr.LoVe berkata...

so romantik lah...i like..hana nak sambungan lagi ya sbb ceta ni best ssgt...

So sweetlah Hamdi ngan Adlina....w'pun kahwin bukan atas dasar cinta ttp mereka tetap comel...sukalah ....syabas hana sbb telah membuatkan sy x sabar nk tahu kesudahan cerita ni

IVORYGINGER berkata...

hahaha... comel la depa dua. funny pun ada. ;D

teddy berkata...

rrrr
sweet nye...
^_^

are-lyn lorh berkata...

jap nk lps kn grm..
arghhhh sweet nye.....
nk hubby mcm tu jgk 6t caring je...
rrrrrrr
sweet sgt...

Miss FF berkata...

wah, terharu.. sob sob sob.. (lap air mata) romantiknya hamdi.. caring.. loving~ he3..

 

Hana - The StoryTeller a.k.a. Penglipur Lara Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template